Tuesday, 21 July 2015

Bunga Syawal

Selamat Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin  kepada semua rakan-rakan bloggers dan juga rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semasa menulis entry ini, sudah masuk hari yang ke lima kita beraya. Alhamdulillah pada Ramadhan yang berlalu, dapat berpuasa penuh sebulan tanpa gangguan. Lega dan puas hati rasanya. Lebih menggembirakan bila ada terapi minda yang baru mekar dan mewangi ditaman...

 Sebelum dan semasa menyambut raya bunga rose paling banyak berkembang tapi sayang tidak dapat kekal lama sebab di basahi hujan yang mencurah turun sepanjang minggu ini.

Huntington yang sangat rajin berbunga dan cepat membesar juga tahan lasak.

Prosperity yang comel.

Golden Celebration yang pertama kali berbunga. Harum manis baunya.

Jadi tidak cantik bila sering ditimpa hujan.

Rose di laman yang paling saya suka setakat ini...



Tidak wangi tapi saya suka tengok bentuk kelopaknya. Cuppy...


      Red Piano namanya. Kalau kelopaknya tidak ditimpa hujan bunganya bertahan hampir atau lebih                                                                                dari dua minggu.

Ini saya tidak tahu apa IDnya. Saya beli pada awal bulan puasa yang lalu di nursery kawan.

Mekar merah menyala..



Ini pula saya beli kelmarin. Juga tidak tahu IDnya. Suka tengok warnanya. Kelopaknya besar tapi tidak wangi.



Saya ambil gambarnya yang cantik berkembang pada pagi kelmarin...sebelum menjadi arwah.

      Namun pada petang harinya, inilah hasil yang saya dapat. Dua pasu rose merah dan pink belacan               saya yang baru dibeli itu licin dimakan oleh Che Kam akibat adik saya tidak menutup pintu                                                    pagar. Habis semua daun dan bunga dirembatnya.

      Tinggal batang dan kenangan gambar di atas saja, Che Kam ni kan betul-betul merosakkan mood
         raya saya...nak marah adik kesian pula.....Habis, cuma boleh mengeluh sahajalah. Orang kata                            mulut kambing berbisa....Harap-harap pucuk-pucuk baru akan tumbuh kembali.

Saturday, 27 June 2015

Meneras Ramadhan

Kisahnya, hari pertama Ramadhan yang lalu, saya mendapat khidmat kerja dari seorang hamba Allah yang  menjelma secara tiba-tiba sahaja didepan rumah untuk menjual orkid hutan. Saya cakap tidak mahu orkid tapi nak minta buat kerja lain. Dia bersetuju tanpa banyak soal. Saya apalagi... bagai pucuk dicita ulam mendatanglah....

Sebenarnya dari awal tahun lagi saya berkira-kira untuk membuat projek tapak semai dan R&R untuk pokok-pokok saya yang berselerak keliling rumah termasuklah yang disebelah homestay. Malangnya tak tahu dimana mahu mencari orang yang sanggup membuat kerja rencam begini.

Nah, sekarang dah dapat pun. Walaupun dibulan puasa tapi lelaki ini membuat kerja dengan tekun, Menebang kayu bakau, mengheretnya ketapak kerja dengan motor buruknya yang bising satu taman mengorek tanah yang keras dan memacak tiang dilakukan seorang diri saja. 

Dia juga dengan sukarela pergi mencari pukat terbuang untuk dibuat penghadang buat sementara waktu sebelum saya membeli pukat yang baru. Tadaa...dah siap dalam sepetang saja. Upah yang diminta RM120.00 ..

Hari ke dua puasa, saya minta dia buat rak kayu untuk letak pokok semaian juga mengangkat bata-bata dan kayu pallet. Upah yang diminta RM50.00. Puas hati saya dengan kerjanya. Cepat dan jadi. 

hasilnya...Ini dia tapak semai merangkap taman kedua saya. Bertempat dipadang sebelah rumah. Saya sudah pun membuat permohonon kepada syarikat perumahan terlebih dahulu. Tapi.. masih belum siap sepenuhnya. Banyak lagi pokok-pokok perlu diangkut masuk kesini. Harus dilakukan perlahan-lahan dibulan puasa ini. Cuaca begitu panas..

Ini kisah hari ini. Buah pelam sala saya baru berbuah setelah hampir 9 bulan bertapa. 

Tapi sebenarnya ada kisah sedih disebalik buah ini...kemungkinan besar separuh pokok ini terpaksa ditebang kerana mahu memberi laluan kepada mesin steamroll  tar yang akan datang beroperasi dalam masa terdekat. Semua pokok jiran telah ditebang. Pokok saya seorang masih bertahan kerana ada buah.

Sayang..tak sempatlah saya merasa. Sudahlah bahagian ini yang paling banyak berputik. Tapi bukan pokok pelam saja, pokok bunga saya yang dipinggir jalan pun kena ubah  juga..aduhaii.....

Ini rak baru yang saya tempah. 3 biji semuanya. Kerana memakan ruang terpaksa saya letakkan rak ini di luar sahaja. 

 Satu yang kecil saya letak didalam. Belum habis lagi saya merapi pasu-pasu bunga dibahagian ini.

 Nampaknya rak bukan lah jalan penyelesaian terbaik untuk pasu-pasu bunga saya. Masih banyak yang tidak dapat disusun.  Lebihan yang saya selit-selit di bawah inilah yang mesti diubah takut disondol oleh steamroll.

Satu lagi rak sebelah kanan laman. Lihat dibelakang rak sudah tiada lagi  pokok alamanda. melur dan rose prosperity. Semuanya saya tebang. dan saya tempatkan pokok-pokok rose yang baru saya beli dibelakangnya. Namun saya dapati pucuk2 baru pokok yang ditebang sedang galak keluar pucuknya dari tunggul yang tidak ditarik keluar..

Mmmm...nampak gayanya banyak lagi kerja saya kena buat minggu ini...pembantu sudah bersedia bila-bila masa, masalahnya budget pula tergendala sebab perlu diutamakan pada perbelanjaan puasa dan hari raya. Di atas adalah  gambar kenangan rose huntington bersidai riang diatas pergola sebelum dimakan oleh Che Kam. Kini rak baru mengambil alih tempat. Selamat berhari minggu dan happy gardening! 



















Monday, 22 June 2015

Bunga Ramadhan 2015

Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan muslim bloggers dan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Mungkin agak terlambat ucapan ini tetapi rasanya kita masih di awal minggu Ramadhan Al Mubarak. Untuk pertama kali dalam sejarah pekerjaan selama berpuluh tahun, kali ini saya bercuti sebulan tanpa gaji sebagai bonus untuk diri sendiri... Doa saya agar  perjalanan Ramadhan ini ditaburi bunga-bunga barokah..