Sunday, 31 August 2014

Kembang Menuju Kemerdekaan.

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 57 buat semua pembaca dan seluruh rakyat Malaysia.

Hujan turun tidak berhenti sepanjang bulan Ogos ini . Oleh itu tahun  ini bendera Malaysia dirumah telah bertukar kedudukannya. Bukan lagi berkibar megah di hujung buluh seperti tahun-tahun yang lepas tapi di lekatkan  di tingkap bagi mengelakkannya basah kuyup.


Saya dan jiran tetangga berkumpul menyambutnya di hadapan rumah. Seorang jiran bermurah hati menembak bunga api. Serentak itu juga lagu patriotik bergema di udara. 

Meriah sungguh. Kebetulan hari ini juga majlis kenduri anak sulung kawan baik telah berlansung pada siang harinya.

Saya dan rakan taulan begitu sibuk mengurus majlis. Saya suka melihat simpulan kain yang melatari meja makan dengan tema warna biru dan pink. 

Walaupun gubahan dan susun aturnya sederhana tapi tetap manis di pandang dan menepati kehendak tuan rumah. Kisah kenduri ini akan saya ceritakan mungkin di episode yang lain nanti.

Kerana saya mahu menunjuk bunga baru saya ini..Kembang di hari yang sama majlis diadakan. Saya masih sempat curi-curi merakam gambar ini. Sunflower Red Sun, terbantut sebenarnya bunga ini tapi tetap kembang dengan warna yang menarik.
  
Ini pun antara warna baru bunga MG  yang turut berkembang.

Dan ini juga..

 Japanese Morning Glory di atas sudah kembang sempurna dan turut memeriahkan majlis pagi tadi.

 Saya lupa ID nya. Bunganya besar. Warnanya menarik. Kembang sampai ke malam. Saya benar-benar seronok. Puas hati kali ini.

 Dan yang paling mendapat perhatian tinggi pada hari kenduri sudah tentunya  rimbunan bunga cosmos kuning ini dan juga pokok bunga matahari. Ada tetamu juga kekawan yang  bergambar dan memungut benih yang sudah kering. Suka mereka.

18 comments:

  1. As Salam kak,
    Syukur kita diberi nikmat kemerdekaan ini...
    bunga raya tak da ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ya bersyukur kita kerana masih dapat menyambut merdeka tahun ini. Gambar bunga raya tu ada. Banyak dalam folder tapi yang Cameron punya. Lupa. Ana tanya baru teringat. Pokok sendiri habis dibaham Che Kam.

      Delete
  2. selamat hari kebangsaan buat kak mala dan bunga-bunganya yg mekar indah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka juga buat Ana.

      Delete
  3. selamat merdeka..cantik himpunan cosmo rasa cm nk cuba tnm gak..ari tu tgk rose jepun kak mala..trus berjangkit dan tnm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari Merdeka. Cosmos cukup3 senang tanam. Ni batch kedua. Semua tumbuh sendiri. Beratus-ratus pokok. Yang tanam 0.1% ja. Lain terpaksa buang. Terlampau crowded.
      Ros jepun Kak frozen sat. Tak sempat nak tanam semula. Mungkin minggu lain kut. La ni duk tengah 'ghayan' dengan morning glory...

      Delete
  4. Raja bunga ditengah cosmos .....ceria sekali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, si matahari tu tinggi beul kali ni sud@is. Kak pun terpaksa keluar pagar nak ambil gambar. Kena klik dari jarak jauh. Rasanya dah 7 kaki lebih. Tak syok pula jadi gitu. Susah nak tengok bunga. Yang 1st tanam dulu sedang2 saja tingginya.

      Delete
  5. morning glory yg sangat cantik dan unik warnanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik coraknya. Macam lukisan. Saya beli on line tapi dah confused IDnya sebab peketnya dah hilang.

      Delete
  6. cantiknya!,,bunga matahari pun tak nak kalah, tetap memperlihatkan keanggunannya di sebalik kemeriahan cosmos.

    ReplyDelete
  7. Memang matahari dah jadi juara pokok bunga musim ni..

    ReplyDelete
  8. gagah berdiri sibunga matahari di celah celah bunga cosmos yang merunduk malu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gagah sungguh Yon..habis baja dia makan..

      Delete
  9. Cantik...unik...semulajadi dan seni...indah sekali...

    ReplyDelete
  10. Untungnya jiran tetangga dan orang yang duduk di homestay ada Kak Mala jadi gardener di situ meriah warna laman. Sunflower Kak Mala senang je cambahnya.

    ReplyDelete
  11. Ya lah, tuan homestay syok dapat garden, yang guest homestay pun syok dapat bawa balik pokok bunga..sesekali apa salahnya buat amal jariah sedekah pokok..
    Tak tahu kenapa sunflower batch ke 2 ni jadi giant2 semua sampai susah nak ambil gambar dekat. Semua benih tumbuh sendiri..

    ReplyDelete