Thursday, 30 January 2014

Peserta Terakhir

Ini kisah dua minggu yang lalu. Ketika saya mengambil keputusan untuk menghapuskan tinggalan saki baki pokok morning glory kerana sudak tidak lagi produktif. Pasu tersebut akan digunakan untuk semaian benih baru. Ketika menarik-narik daun, saya terlihat satu putik bunga yang baru nak berkembang. Warnanya kelihatan cukup pudar. Hati saya berdetik eh, heavenly blue ke atau kuning, sebab sampai sudah kedua-dua warna itu tidak muncul. Cuma Scarlet saja yang mendominasi carta. Jadi saya ambil keputusan, simpan sampai esuk, tengok warna apa yang muncul...Di luar dugaan, warna lain pula yang timbul..


                  Light Pink, saya tak rasa pula saya order warna ini dari Diana dan Seedandothers...

Bila bunga layu, saya berharap saya akan dapat benih yang satu ini tapi kecewa, benih tak menjadi pun...Tak ada waris lah dia...































2 comments:

  1. Mungkin yang ni dalam pek mixed ipomoea variada/tricolor ;) .
    Yang ungu hari tu purple ipomoea nil.
    Sebab tukang kebun takde supply scarlett lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo gitu tapi sayanglah Diana, tak dapat benih dia pun.Tak menjadi.

      Delete