Kalaulah Lee seorang perempuan, dah lama saya peluk dan cium dia. Terima kasih tak terhingga kepadanya yang selalu bersusah payah untuk saya, dah tentunya pasal computer. Dia adalah penyelamat saya, kerana sikapnya yang suka menolong tanpa mengira waktu dan keadaan. Tadi pun dia datang kerumah selepas balik dari hospital kerana pitam dek kepenatan bekerja tanpa rehat. Apa yang saya hendak cerita ialah mengenai kejadian 20hb Dec yang lalu dimana saya menyedari file2 saya dalam pendrive telah hilang. Pada waktu tu saya sedang posting kisah My Morning Glory. Frust teramat sangat kerana tiada siapa dapat membantu. Kisah ini saya papar kan dalam - Boleh Kah....Waktu itu saya tidak boleh menganggu Lee kerana kerana assignmentnya terlalu padat. Terpaksa saya dapatkan khidmat kawan lain. Jawapan yang diberi amat mengecewakan. Tapi saya tidak berputus asa. Informasi internet mententeramkan jiwa saya. Siapa kata tidak boleh, ada cara tertentu untuk mendapatkannya. Harapan saya 100% kepada Lee.
Akhirnya hari ini, dengan pertolongannya dan perisian RECUVA file2 yang hilang/terdelete 95% dapat di temui kembali. Wahh....seronok tak terkata, apalagi file yang paling saya sayang - KASPIN
boleh ditatap semula..
Saat pertama kali menjadi ibu. Keletihan sampai terlena.
18hb March 2013 Tiga beradik..Kastih, Kastam dan Kasbu telah selamat dilahirkan kedunia
Saat pertama kali menjadi ibu. Keletihan sampai terlena.
18hb March 2013 Tiga beradik..Kastih, Kastam dan Kasbu telah selamat dilahirkan kedunia
Akhirnya kini cuma tinggal Kastih seekor. Dialah racun dialah penawar buat ibu. Kasbu dan Kastam meninggal ketika masing2 berumur lima dan tujuh bulan.
No comments:
Post a Comment