Tuesday, 25 February 2014

Lama Yang Baru - Crossandra

Jujur saya akui,  baru saja tahu namanya melalui dunia blogging. Padahal sudah tanam dari zaman anak dara lagi. Sekitar pertengahan tahun 70an dulu. Kawan baik arwah mak yang beri. Katanya dia dapat dari rumah seorang India. Bermula dari situlah saya cuma namakan dia '..bunga orang India suka pakai...' Sampailah tahun lepas, saya terasa untuk menanamnya semula. Saya ambil dari rumah mak mertua Cik Wa. Masa itu kawan baik saya tu pandang sebelah mata saja. Tak minat ...
Closed up..
 Tapi kalau dah bunga berketul macam ni..sapa yang tak minat nak tengokkan. Baru lah rasa nak tanam...
 Ceria bersama Angelonia. Berdua ni cukup tahan panas dan sentiasa berbunga.




Friday, 21 February 2014

Ada Apa dengan Petunia?

Tu lah, dulu tak mau sangat beli petunia jenis hybrid ni. Tak tahan lama..tapi degil, langgar sumpah beli juga. Bukan apa saja nak buat experiment nak tengok boleh tahan cuaca tak dan saya suka sangat nak dapatkan biji benih dia untuk semaian baru..Selama sebulan lebih ianya membesar subur dengan bunga yang meriah dan tiba-tiba saja  ia boleh jadi begini.....
Mula-mula ingat tak cukup air. Siram tapi terus-terusan kecut. Cek akar dah reput di pangkal. Over siram ke? Rasanya tidak...sehari sekali sahaja. Mujur stok benih sudah di tuai..
Kembang yang pertama tertewas....
Empat hari kemudian di ikuti dengan kembang yang ini pula..pun tertewas.
Akhirnya cuma tinggal yang ini saja masih terus bertahan. Saya cuba menanam batang-batang dari pokok yang mengecut ( segarkan dulu dalam air ),  dalam enam pasu cuma kelihatan satu saja yang macam hidup. Lain terus kecut. Apapun saya puas hati sebab sempat simpan kesemua stok biji benih. Esuk cuti jadi boleh menyemai lah.





Wednesday, 19 February 2014

Kebun Tumpang

Begitulah keadaan saya, dek kerana minat terpaksa menumpang tanah sebelah untuk berkebun. Mujurlah tuan rumah baik dan beri kebenaran untuk menanam apa saja..Ruang kosong cukup luas , stok benih pula macam2 ada tapi saya lah pula tak cukup masa untuk berkebun sepenuhnya. Hai..kalaulah saya suri rumah sepenuh masa...alangkah bahagianya. Rasa2nya sampai atas bumbung pun kalau boleh nak tanam pokok...Memandangkan sekarang musim kemarau saya cuma tanam tanaman secara kecilan dulu..

Terung Belanda yang dah tak larat buat kenduri sambal tumis dengan kawan-kawan
  
Sawi yang masih cekeding...
 Bendi..dah puas makan...          
   
 Remayung Hijau / Spinach Malabar tanam semula round ketiga.
  
 Kacang Kelisa dah berbunga
 Terung Ulam dan Terung Panjang hitam
 Ulam Raja.
Petola Segi benih pasaraya 
                                                               Labu manis benih pasaraya

 
                                                          Rossel yang ketot pokoknya.


                                               Tumpang update cili belakang rumah masih maintain...


                                 Pudina dan Pegaga, syok tanam saja tapi jarang makan.......

                                                    Kucai yang bushy dah tak termakan....

Tuesday, 18 February 2014

Scarlet Iris & Kemboja Bali Diana

Wah minggu ni banyak cerita pasal kembang pagi dari rakan bloggers..happy tengok bunga rakan-rakan. Saya sangat teruja.  Berharap sangat nak dapat bunga cantik macam Diana tapi sayang banyak benih yang disemai tak menjadi kali ni. Kebanyakannya mati muda atau tidak tumbuh lansung.  Mungkin campuran tanah saya tidak sesuai. Agak sedih, bibit benih ensign mixed dan blue yang baru tumbuh dari Iris mati terpenyek. Ranap semuanya. Saya agak dua ekor KK bertuah saya masuk tidur dalam pasu tersebut. Fuji pula layu sebelum berkembang. Mati juga...Yang tinggal Scarlet sahaja. Tak apa lah..never give up..Pun begitu bila balik petang tadi ada kejutan menunggu. Hah! tengok ni kemboja Bali Diana dah mula  berkembang..


    Sebenarnya kemboja kuning pesanan pertama dari Diana sudah lecur batangnya. Mati. Yang tinggal dan berbunga ini sepatutnya warna merah dari pesanan kedua, why dia jadi kuning pula...magic?

 Ini pun masih kemboja kuning pemberian dari Diana semasa datang ke Langkawi bulan lepas. Siap ada akar. So...mana kemboja Bali merah saya...jangan-jangan silap hantar ke Diana...? Apa pun saya rasa beruntung kerana baru tanam saja dah keluar bunga. Yang kat atas tu daun pun belum tumbuh lagi...

                                                       Ini bunga sulung Scarlet O'Hara  dari Iris..


Monday, 17 February 2014

Lama Yang Baru - Kenanga

Antara bunga kegemaran arwah mak. Bunga ini juga merupakan pelengkap haruman untuk bedak sejuknya.  Kadang-kadang beliau selit bawah bantal atau simpul di sanggul sepoteknya...Sedih bila teringat ...tapi indah untuk dikenang. Bagi yang masih punya ibu hargai dan sayangilah ibu anda sebaik mungkin...
Sedang mekar mengharum..

Sewaktu beli ada sebatang dahannya telah ditut oleh tuan punya..
 Semenjak beli hingga sekarang kenanga tidak putus berbunga. Untung orang sekarang, nak bunga boleh petik hujung jari saja sedangkan zaman saya budak dulu, nak bunga ini kena tunggu gugur ketanah sebab pokoknya tersangatlah tinggi dan besar.



Saturday, 15 February 2014

Lama Yang Baru - Marygold

 Bunga lama baru tanam itu maksudnya. Seingat saya, marigold atau lebih sinonim dengan panggilan bunga tahi ayam ( sebab baunya yang sedikit busuk ) sangat famous pada zaman saya  kecil lagi. Yang dulu pokoknya lebih tinggi dan besar, kelopak warnanya berbagai bentuk dan rupa. Senang membiak. Bila bunga kering gugur di tanah, biji benihnya bercambah di sekitar induknya. Dan seingat saya ketika itu cuma ada dua warna sahaja, kuning dan orange.

Saya membeli benih di pasaraya gambar seperti bunga di atas. Nama tertera Marygold Honeycomb.

 Jenis renek tapi gemar berbunga..

 Bila berbunga keseluruhan baru saya sedar saya dapat tiga jenis pokok  yang berlainan corak warnanya. Untung...

warna ini..... 
   

 dan ini......   

                                                      sebahagian bunga yang berkembang

Friday, 14 February 2014

Lama Yang Baru - Zinnia

Saya mengenalinya pertama kali  tanpa nama pada waktu remaja. Arwah ibu menanamnya sepanjang halaman kami di kampung. Tanpa di sedari, bila masa berlalu, generasi demi genarasi, warna dan bentuk kelopak jenis baru akan muncul dari warna-warna asal yang di tanam. Merah, pink dan putih. Kelopak berlapis, kelopak kerinting dan kelopak besar. Kini setelah lama berlalu, saya menanamnya semula kerana mahu menceriakan laman saya yang didominasi daunan hijau. Apalagi zinnia ini dari jenis yang tahan cuaca panas. Walupun sekarang ini musim panas terik zinnia tetap kelihatan subur dengan warna yang ceria...





Zinnia memeriahkan laman dengan bunga-bunga lain...





























Wednesday, 12 February 2014

Breakfast With Madu

Rutin biasa waktu pagi, shoot bunga-bunga baru berkembang. Tiba-tiba telinga di terjah bunyi dengungan yang kuat. Ohh...si lebah kecil yang comel sedang mengintai-ngintai dalam kelopak bunga kembang sepuluh pagi untuk menghisap madu.  Mmmm..saya jarang amat snap serengga-serengga kecil yang berterbangan begini. Wahh..mesti shoot cepat-cepat. Kena ikut rentak dan irama sayapnya yang terbang kemana-mana...
  
  

Sunday, 9 February 2014

Antara Tension dan Asystasia Sp...

Di tempat kerja, saya dilanda sakit lagi secara tiba-tiba pada petang Rabu . Aduhh..sedangkan serangan pertama pada tiga minggu lepas bagai masih terasa. Hampir tiga hari juga merana, tapi apa yang lebih membuatkan saya sakit ialah kesihatan pokok-pokok saya pun turut terjejas sama. Bayangkan...sangatlah excited pagi-pagi tu nak tengok tapi...Fuji kembang tak jadi.. kelopak tak buka penuh, sekerat ja...pokok mati kecut..( angkara anak saya silap dengar arahan ) Cyprus vine yang subur menghijau, diragut kambing dan daunnya tiba-tiba sekelip mata menguning macam nak mati. Waktu itu, mata sayaa..., hati sayaa....,  ohhhh..so miserable.... biarla..biarla....
doctor pesan.." kak, kakk..tak boleh tension..boleh dapat gastrik juga..." ya kaa....adoi kalut gitu....
kalau begitu tinggalah kisah duka di atas, nanti tension lagi ..esuk-esuk nanti baru sambung cerita.
Mujur ada bunga2 lain yang beri persembahan terbaik. Terpujuk juga.  Antaranya Asystasia Sp...
Gambar dari dekat si family Acanthacea/Ara Sonsang..

Waktu baru keluar bunga, happy..hampir empat bulan tunggu nak jadi rimbun kembali selepas ranap dimakan sang durjana...

tengok...dah hampir kembang sepasu...

Wednesday, 5 February 2014

White Among's the Pink

Akhirnya warna putih muncul juga di celah-celah Cypruss Vine warna Pink. Walaupun tidak sebanyak mana, lega juga hati sebab boleh juga kutip benih untuk tanaman musim kedua dan hadiah  kepada kawan-kawan yang menanti. Cuma tinggal warna merah saja yang belum muncul. Tak mengapa, saya sabar menanti...

                                                                 Yang pertama...


                                                                      Kedua....                

                                                                Seterusnya dah meriah.....

                                                          







Monday, 3 February 2014

Lagi Cerita Pasal Morning Glory

Saya memang suka melihat bunga  morning glory yang pelbagai warna macam juga petunia. Menanamnya juga mudah dan benih pun tidak mengambil masa yang panjang untuk tumbuh. Waktu google2 tentang bunga ini saya terjumpa satu blog kepunyaan Iris yang menjual benih bunga ini dari jenis yang belum pernah saya lihat sebelumnya.  Saya pun terus buat tempahan

Saya terpikat pada Ensign Blue tapi Iris tersilap hantar Scarlet O'Hara

Iris yang baik hati menghantar semula benih yang betul dan Scarlet O'Hara jadi sebagai hadiah sahaja darinya. Semaian Scarlet darinya mulai membesar.

Tak berapa lama menyusul pula Ensign Blue.

Biji benih Ensign Blue rupanya lebih kecil dari benih Scarlet. Cepat bercambah tapi tumbesarannya pula agak perlahan. Mungkinkah sebab ia tidak mesra dengan cuaca, tanah dan persekitaran rumah saya. 

Kemudian saya order lagi Ensign Mixed ( bersamanya benih Lotus & zinnia polar bear ) baru tadi semai. Harap tumbuh cepat.

Ini pula Heavenly Blue dari Diana. Sudah hampir sebulan umurnya. Entah kenapa ditengah-tengah tumbesarannya tiba-tiba saja dia jadi merajuk dan terbantut. Macam tidak mahu menjadi. Kurus saja pokoknya. Dulu waktu tanam Scarlet sebulan dan besar memanjang dan dah keluar putik bunga. Alahai kenapa ya...pasal cuaca lagi ka..

Ini Fuji, ( tiga pokok sahaja, yang lain Scarlet ) walaupun tumbuhnya lewat seminggu dari Heavenly tapi lebih cepat membesar. Walupun begitu proses tumbesarannya juga lambat. Apa hal ni tangan saya atau cuaca yang panas...

Walau apa pun saya tetap berharap semuanya berbunga walaupun terbantut. Tengok tu, bantut-bantut Fuji pun dah keluar dua putik bunga. Ada juga hadiah untuk saya. Baik hati dia....