Sunday, 10 August 2014

Cerita Hari Sabtu

Saya terima kad hariraya yang cantik dan comel dari Julie M akhir minggu puasa.  Terima kasih. Dalamnya ada free gift benih bunga morning glory. Suka saya...Kebetulan saya pun ada beli beberapa jenis benih bunga untuk di semai selepas raya nanti.





Benih Petunia dari Diana, Morning Glory dari EM Nursery dan Zinnia, Sunflower juga bachelor button empat warna dari Mieyza Dahlan. Semuanya memberi free gift. Terima kasih!


Saya juga dapat hamper baja percuma dari Che Wa. Di bawa khas dari kampungnya di Perlis. Setahun pakai tak  habis...


  Tapi hajat hendak menyemai jadi terbantut pula. Balik bercuti saya masih  tidak sempat untuk meneras tanaman saya sebab hujan turun tidak menentu. Sekejap sebelah pagi. Sekejap petang. Tengok laman homestay sudah jadi rimba cosmos.



 Bahagian dalam laman saya juga berserabut. Saya masih punya waktu lebih kurang 18 hari saja  lagi untuk meneras, sebab hujung bulan ini kawan baik sebelah rumah hendak kenduri kahwin anak sulungnya. Saya mesti bersih laman dan dalaman rumah secepat mungkin untuk persediaan tersebut. Pokok jambu bahagian ini pun mesti dikorbankan sebab daunnya banyak sangat gugur.


Sebab itu bermula seawal 7.30 pagi tadi saya mulai merumput di laman homestay dahulu. Untung cuaca agak redup. Saya terpaksa membuang sebahagian pokok cosmos yang penuh dengan bunga. Memang sayang tapi terpaksa sebab laman homestay dah jadi kelam.



 Ketika merumput, terdengar bunyi degungan yang cukup kuat di atas kepala. Seekor kumbang atau mungkin juga lebah - saya tidak pasti ID nya.  Terbang berpusing kehulu dan kehilir. Sangat agresif  dan garang. Tiada siapa boleh terbang berhampirannya. Semuanya dikejar. Samada kupurama, belalang dan lain-lain kumbang. Termasuk saya, beberapa kali juga dia berpusing bila melihat saya mendekati. Kuat dia berbunyi tapi dapat juga snap dari dekat. Comel juga dia...


  
 Kumbang hitam yang besar dua kali ganda dari badannya ini juga jadi mangsanya,  Di kejarnya berkali-kali. Akhirnya kumbang hitam mengalah dan berpuas hati dengan tersadai di atas bunga matahari kering. Tiada harapan nak menghisap madu cosmos.. 


Penat betul merumput sorang-sorang. Kastih dan Kaspin tidak meneman macam biasa. Masih fobia dan suka tidur didalam rumah sahaja.  Saya juga terpaksa memangkas daunan matahari dan kacang bendi yang besar merimbun sampai ketanah.  Satu dari pokok matahari batch kedua ini tinggi sudah melebihi 7 kaki.Terlajak subur.  Saya mungkin terpaksa guna tangga untuk snap bunganya nanti.

 Setelah lima jam berlalu, barulah nampak bersih dan cerah.



Scarlet O'Hara pun dah berbunga..


 
 Pagi ini juga jiran baik saya yang datang menjemur kain dipagar homestay sudah di sengat dengan penyengat jenis besar ini. Saya juga telah  dua kali di sengat  binatang ini pada bulan puasa lepas.. Jadi sudah dua kali sarangnya di spray dan dibuang, bertaburan mati. Tengok, masih aktif juga..


 
Closed up sarangnya.  Sakit, panas dan gatal. Itulah kesan gigitanya.


 
Saya juga memangkas pokok melur, garlic vine, fern  dan akar dani.


Pukul satu tengahari saya menamatkan kerja mengebun. Waktu inilah saya dapat menangkap belalang kunyit besar ini yang sering memakan daun pokok lotus saya. Nak bunuh kesian. Saya buang kaki belakangnya dan hantar dia kepokok sekentut dibelakang rumah. Duduk kau di situ...


Daun lotus yang  jadi begitu rupa. Daun MG  dan daun ati-ati pun ada peminat tersendiri...


Selesai  merumput barulah saya menyiram. Waktu itulah  saya terlihat seekor belalang semacam sedang beraerobik...rupa-rupanya dia  sedang menyalin kulit.

 










































































































Saturday, 2 August 2014

Bunga Kampung - 2

Adik beradik saya kebanyakannya adalah pecinta pokok bunga dan binatang peliharaan.  Kami warisi kecintaan ini dari arwah bapa dan ibu. Satu waktu  dulu,saya masih terkenang betapa cantiknya laman rumah saya di penuhi dengan pokok bunga dan buah2an. Malah rumah saya juga banyak dengan kucing, arnab, merpati, merbuk, serindit, angsa, ayam itik ...
Setelah lama berlalu, banyak pokok buah2an dan binatang peliharaan yang  mati namun tradisi menanam pokok bunga masih diteruskan oleh adik bongsu dan abang saya. Setiap kali balik saya pasti akan merakam bunga-bunga yang berkembang  disekeliling rumah. Ini adalah sebahagian saja yang sempat saya rakam. Mungkin di lain episode saya paparkan yang selebihnya. Jom kita lihat..

Alamanda di depan rumah. Ada satu pokok merimbun di belakang rumah dengan warna pudar yang sukar ditafsir colornya. Mungkin balik lain kali saya bawakan adik warna coklat peach.
           
Pink Vinca. Sebenarnya saya suka pasunya dari bunga...

Antara Vinca yang ada...

 Bunga rose raya....buat hiasan dalam rumah

Yang berkembang di laman...

Adik saya sudah jadi peminat Morning Glory. Bunga ini diambil ditepi jalan di Cameron, Mac dulu.  Bunganya besar dan tahan sampai kepetang. Saya tanam tidak hidup. Adik punya bukan main..jealous saya..

Pink & wild Morning Glory.

 Euphorbia yang berbelas tahun, berbelas pasu dan berbagai  corak.. Tidak pernah henti berbunga. Saya cuma merakam separuh darinya sahaja.

     Saya tertarik dengan batang Euphorbia tua ini. Berbelit-belit panjang macam tangan Transformer, berbunga putih dihujung.

Bunga wajib....Petunia.

Lain-lain kembang yang ada...

  
Seperti saya, adik juga gemar mengumpul pokok daunan yang cantik coraknya.

Bunga kucing...sudah besar. Tetap comel walaupun berbapakan 'stray cat'. Masa pertama kali rakam  Mac dulu mereka baru sebesar adiknya yang di sebelah sahaja. 

  Akibat perbuatan terlarang berbelas anak kucing berbapa 'stray cats' dilahirkan. Antaranya seperti di dalam gambar. Adik terpaksa buka tawaran percuma kepada siapa  yang sudi...

Friday, 1 August 2014

Semuanya OK...

 Sehari sebelum balik kampung seorang kawan India saya,  Ratna telah sudi untuk menolong menyiram pokok-pokok. Saya sungguh berbesar hati dan terhutang budi padanya kerana mahu bersusah payah untuk saya sedangkan dia sendiri bekerja dan  tinggal jauh dari perumahan saya. Dia berjanji akan datang menyiram di waktu petang bila pulang dari kerja.
Tengahari tadi setelah bercuti selama lapan hari saya selamat sampai kerumah. Ooohh..tak sabar  nak lihat pokok-pokok saya.
  
Turun saja dari teksi ini yang saya nampak dulu. Kupurama dari jenis yang biasa datang  tapi yang ini saiznya besar amat.

Saya terus saja snap. Kupurama ini nampak manja dan tidak terganggu lansung bila gambarnya diambil.

 
Tanpa masuk kedalam rumah saya terus buat inspection terlebih  dahulu. Nampak pokok saya semuanya sihat dan subur. Alhamdulillah...

Pokok kacang bendi sudah tua di pokok. 

Namun ada juga beberapa biji yang masih muda dan boleh dimakan.

Dalam masa seminggu saja petula ini membesar. Sebelum ini saya tidak perasan pun dia berbuah..

Jadi malam tadi inilah hidangan simple saya dan suami. Bendi goreng kicap dan petola masak air dengan bayam merah.

Wah..kalian, sawi dan ulam raja saya sudah membesar eluk sekali. Sukaa....

Tapi sawi yang di dalam plastic beras ini daunnya telah dimakan belalang.

Tomato ceri berbuah sudah.....

Tengok morning glory ini, cepatnya dia membesar. Minggu lepas baru diperingkat bawah. Sekarang sudah memanjat tinggi dan berputik. Boleh kata 99.99% pokok saya berada dalam keadaan eluk dan tidak terjejas. Saya juga bersyukur kerana hujan turun hari-hari...

Dalam semua pokok cuma pokok salad saja yang tidak menunjukkan tumbesaran yang OK.
Satu pasu lagi pula sudah licin dibaham siput mata jin...Saya ingat letak didepan rumah selamat, siput tidak kacau..rupanya tidak juga.

Seperti pokok, saya juga tidak sabar nak berjumpa dengan kucing-kucing saya. Terus saya call pusat jagaan, sihatkah depa? Rindunya...Pukul empat petang Kaspin dan Kastih selamat sampai kerumah. Kesian...kurusnya dua ekor ni...Ini kes tidak lalu makan dan tekanan perasaan..bayangkan lapan hari dikurung dan makan makanan  yang bukan favourite..kesian anak mak...

Saja nak tunjuk..antara barang yang dibawa balik dari kampung.  Ini bahagian suami dan menantu..Taik burung...

       Dan ini pula bahagian saya..biasalah kan. Tak sah kalau bukan ini yang dibawa balik. Sebelah tu    pokok morning glory Cameron Highland.  Jenis kembang sampai kepetang. Adik tolong semaikan. Tak sabar nak tengok bunganya..cantik! 




Saturday, 19 July 2014

Doa, Harapan dan Tawakal...

Minggu terakhir puasa. Alhamdulillah saya masih lagi dapat bertahan walau pun hajat nak berpuasa penuh sebulan macam tahun lepas tidak kesampaian. Ramadhan tahun ini, kali pertama berdepan dengan ulser kerongkong yang amat menyakitkan. Pekej datang dengan  demam sejuk panas dan tidak dapat makan dan tidur lena hampir tiga hari. Seminggu saya bercuti.
Bila bangun dari sembuh, saya terus bekerja keras mengubah dan membuat apa yang patut dengan tanaman keliling rumah yang bakal ditinggalkan hampir seminggu juga nanti. Memang saya risau amat...semua orang balik kampung, siapa yang nak tolong siram pokok?

Bermula pagi ini saya mulai menutup ruang kosong pintu depan pagar homestay dahulu. Selepas itu pintu pagar rumah saya kemudian petang ini kalau sempat pintu belakang homestay pula. Saya harap Che Kam tidak senang-senang membolosi masuk ke ruang dalam sepanjang ketiadaan saya nanti.  Haraplah.... 

Saya amat risau untuk balik kampong kali ini sebab sekarang saya ada dua laman untuk di urus. Dilaman homestay musim cosmos orange berkembang. Separuh ruang laman dipenuhi oleh bunga ini. Semua pokok-pokoknya merimbun dan meninggi hampir 5 kaki. Daunannya subur menghijau. Tiada serangan ulat atau belalang cuma kupurama saja datang silih berganti menghisap madu.

Di laman ini juga berkembangnya Zinnia dengan warna yang begitu  ceria. Lihat bunga berkembang terubat sedikit rasa sakit yang dibawa..Zinnia tahan panas tapi kalau air tak mencukupi pokok cepat layu...

Kacang bendi yang cukup menjadi. Yang ini saya tidak risau untuk ditinggalkan sebab tahan lasak.

Lihat pokok bunga matahari 2nd batch yang tumbuh sendiri. Punyalah subur. Puasa-puasa ni saya nampak daunnya macam sedap saja.....

Anak pokok salad pertama kali berjaya disemai setelah berkali-kali gagal sebelum ini.

Saya ubah kebekas takung panjang dan tempatkan di depan rumah. Lari dari siput.  Moga-moga membesar sempurna.

Sawi, ulam raja, cili, tomato ceri, kalian dan terung adalah antara pokok sayuran yang sedang membesar di belakang rumah. Bagaimana nasib mereka nanti?


Semaian petunia....jangan mati please......

Semaian morning glory. Berbeza tahap tumbesaran antara tanam dalam pasu dan atas tanah. Berjaya hidup dan  berbunga kah mereka...atau nanti kena order lagi dekat Diana.....

Antara yang paling sayang dan dirisaukan..matahari warna merah. Bagaimana nasibnya nanti..harap-harap bertahan lah...saya nak lihat dia berbunga.

Kastih pun sakit juga, jadi bisul di paha dan perut. Kurus sudah badannya. Dah tak comel.  Sudah dibawa jumpa doctor. Kedua beranak ini sudah tidak risau lagi sebab sudah ada nursery kucing untuk ditinggalkan. Sehari dengan makan RM16.00

 Cuma si comel ini tidak tahu risau apa-apa. Happy saja berposing dengan baju rayanya

  Tidak macam neneknya yang risau segala hal. Siapa nak itu siapa nak ini?....rasa macam tak mahu balik kampong lah pula.Saya  berdoa semoga sepeninggalan saya nanti hujan akan turun hari-hari. Pokok saya tidak kering. Saya berharap  semua pokok-pokok saya sihat,  pandai membawa diri dan bertahan sebaik mungkin. Begitu juga dengan kucing-kucing dan anjing  gelandangan, semoga ada orang yang sudi memberi mereka makan. Tidak boleh fikir banyak-banyak. Perlu tawakal...