Seperti yang dijanjikan ini bunga dari kuntum yang saya pamir pada posting yang lepas.
Ini buahnya yang masak. Rasanya manis seakan jambu merah. Dah masuk kategori buah nadir. Orang lama mesti tahu buah ni. Buah kemunting. Di tempat saya banyak tumbuh secara liar.
Syukur alhamdulillah. Sepanjang tahun ini hampir semua pokok buah yang saya tanam dalam pot berbuah. Limau kasturi ini pemberian dari jiran setelah bertahun tidak menjadi dilamanya.
Saya pindahkan ke kebun. Setelah di tukar pasu dan dibaja, buah mulai keluar bergugus.
Dari Ramadhan sampai sekarang masih berbaki lagi dipokok. Saya rasa ingin biakkan limau ni sebanyak mungkin. Ada permintaan dari kedai runcit. 8rm sekilo harga tolak.
Lemon dikebun pun mulai berlajar berbuah. Kulitnya jauh lebih cantik dari lemon belakang rumah tapi lalat buah pula suka menyengat.
Semasa membelek lemon saya jumpa sarang burung bulbul yang terdedah diranting yang rendah. Ada dua ekor anak yang comel didalamnya. Moga mereka selamat dari menjadi mangsa kucing liar yang selalu masuk ke kebun.
Kutipan hasil pertama lada beberapa bulan lepas.
Saya keringkan dan simpan.
Beberapa hari lepas barulah pertama kali saya rasminya untuk membuat sos lambchop. Saya tumbuk dalam lesung. Harum semerbak bau ladanya.
Manakala dikebun induknya sedang berbuah buat kali kedua. Sebulan lagi bolehlah di petik dan dikeringkan buahnya.
Baiklah semuanya. Saya akhiri posting hari ini dengan kuntuman bunga ros yang cantik ini. Ada masa saya bercerita lagi.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!