Monday, 17 August 2020

Balik Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan bloggers. Covid 19 kembali merebak di Kedah. Walaupun begitu kehidupan di teruskan juga cuma perasaan bimbang sentiasa menghantui apatah lagi virus ini sudah bermutasi dan merebak dengan lebih cepat dan mudah menjangkiti. Semasa rentas sempadan di longgarkan,  saya sekeluarga balik ke kampung untuk melihat ayah mertua yang tidak sihat. Masa tu Kedah sudah di istihar bebas dan berada dalam zon hijau.  

 

Masa balik aritu kebetulan durian tengah bermusim. Berderet sepanjang jalan orang menjual.

Puaslah makan durian....

Seronok bila balik kampung begini la....makan ayam kampung... 

Bakar lemang....

Seronok Kasih dapat bebas bermain seluruh pelosok kampung. Lepas geram setelah berbulan berkurung dalam rumah. 

Saya macam biasa lah.....wajib pergi pasar hari. Seronok tengok ulam-ulaman, sayuran dan tanaman kampung. Macam nak borong semua...haha.. 

Kuih masih empat biji seringgit dengan sais standard. Tempat saya sebiji empat puluh sen. Dua kali gigit habis... 

Menantu...habis hati boleh panjat pokok dan petik buah....

Asam gelugor.

Proses pengeringan....sempat jemur sebelum dibawa belayar.

Yang agak ranum boleh dibuat pes.

Rezeki......bawa balik.

Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!



 

 









 



             
                  

Sunday, 24 May 2020

Raya Aidil Fitri 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers.
Kita raya hari ini...
Walaupun dalam keadaan terbatas tetapi saya rasa tiada bezanya malah seronok sebab dapat lihat seisi warga taman 
ada di rumah masing-masing. 
Tiada siapa balik kampung termasuk saya.

 Semoga kawan-kawan semua dapat menyambut aidil fitri tahun ini dengan meriah. Kesempatan ini saya memohon ampun maaf jika ada salah silap  tanpa sengaja  tercoret di setiap posting dan komen yang saya tinggalkan. Sayang semua!
Stayhome & Staysafe.


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!





Sunday, 17 May 2020

Puasa 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan bloggers. Selamat meneruskan puasa dan bertabah hati dalam tempoh pkp sehingga June ini.

Walaupun ada kelonggaran tapi saya masih selesa duduk di rumah. Cuma baru dua hari lepas ke market setelah hampir dua bulan berkurung. Mmm...harga barang mahal..

Mahal pun kena beli jugakan...
Tapi untuk sayuran saya banyak berjimat. Pokok labu air ini saya tanam semasa minggu pertama pkp. Alhamdulillah.  Tiga hari lepas dah boleh tuai hasilnya.

Benihnya dari stok purba. Hampir 4 tahun terperap dalam freezer. Tanam di padang tepi kebun. Tak sangka masih boleh berbuah elok.  Saya gulaikan dengan udang dan edarkan untuk jiran tetangga.

Bulan puasa ini begitu murah rezeki. Pertama kalinya saya dapat memetik kelapa muda dari pokok yang saya tanam hampir sepuluh tahun lalu. Mungkin berkat lockdown,  tiada siapa datang  menjarah. Pokok yang terletak disimpang masuk jalan ini selalunya menjadi rezeki orang lain.

Mmm....nikmatnya minum air nyior muda ketika berbuka....

Pada hari yang sama juga saya berbuka dengan betik  sulung nan sebiji ini. Manis dan cantik isinya.

Pokok pelam yang saya tanam hampir empat tahun lalu pun tumpang memberi rezeki. Lekat 10 biji. Pokoknya kecil sahaja. Saya tanam dalam tong sampah hitam.

Masa awal pkp petik 3 biji untuk buat pelam asam boi. Saya sangka pelam lemak seperti yang saya pesan dari penjual. Rupanya bukan. Masamnya tak terkata. Pelam apa nii...

Bila rasa cukup matang saya petik senuanya untuk diperam.
Tak sabar nak tahu pelam apa...

Waktu berbuka baru tahu...pelam susu rupanya. Manis ya amat....terlampau manis sangat-sangat...

Menyusul pula nanti ialah si durian Belanda. Ini buah sulung yang saya petik tak berapa lama dulu. Masih berbaki beberapa biji di pokok menunggu hari masak.

Setakat ini dulu. Nanti kita kongsi cerita lagi. Stayhome & staysafe. Ikut SOP agar covid segera pergi. Kita akan stayfree.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!










Sunday, 19 April 2020

Abu & Kaspin

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Kali ini nak bercerita pasal depa berdua ni. Memandangkan mereka juga merupakan sebahagian ahli keluarga jadi apa saja yang berkaitan harus simpan disini sebagai kenangan dan rujukkan.

Setelah mengalami beberapa siri kematian kini yang tinggal cuma Abu dan Kaspin sahaja.

Abu kini berumur dua tahun. Setelah Kaspin bersara dia lah pula yang menemani saya setiap kali ke kebun. Ini gambar tahun lepas.

Dah besar pun sekarang. Masih lagi suka memanjat. Tak sunyi sangat bila berkebun sambil melihat perangai nakalnya.

Pun begitu bukanlah mudah untuk si Abu mendapat  perhatian dari Kaspin.  Hampir setahun setelah kematian anaknya barulah Kaspin menerima Abu mengikut moodnya.

Saya bersyukur kerana dikurniakan hati yang sayang dan belas pada  binatang comel, cerdik dan setia ini. 

Sungguh telatah mereka cukup buatkan kita happy dan ketawa. Ni selepas makan tengahari. Pandai cari bilik ada aircond untuk berehat.

Kadang masuk dalam bilik air untuk sejukkan badan.

Bagi saya fitrah mereka adalah tanggungjawab kita. Selain membela dan memberi makan mereka juga berhak mendapat kasih sayang dan perhatian.

Walau menatang bagai minyak yang penuh tetap kena marah bila buat silap. 

Antara gambar yang saya suka. Pagi yang lewat. Kaspin kena marah sebab gigit dan tarik rambut saya. Cara dia kejutkan saya bila lambat sarapan. Tengok muka depa berdua yang monyok... Kaspin menjeling ja...hahaha...


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!








Monday, 23 March 2020

Stay At Home

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat bloggers. 
Cuaca ditempat saya masih panas walau hujan sudah turun sekali dua. Tambahan minggu ini bermulanya arahan duduk dirumah. Tidak ada masalah besar bagi saya kerana saya ni homely type. Tak sempat pun nak boring atau sakit kepala....

Termasuklah mereka berdua ini. Relax ja kerja...
 Minggu ni tak ada pembelian panik. Kecuali barangan basah, stok barangan kering yang di beli sebulan sekali pun masih mencukupi.

Sayuran pun saya kutip apa yang ada di kebun. 

...atau dibelakang rumah..

Hasil kebun dapur tidak pernah mungkir...

Rajin tanam mesti dapat hasil...

...dan sangat-sangat membantu pada waktu-waktu begini..

Kalau ada lebih kongsilah dengan jiran....

Jangan kedekut....berlajarlah berkongsi sebab bila dalam gawat orang akan lebih menghargai.

Roti sehari sebelum expired. Kalau dulu buang  saja tapi dalam musibah ini ramai chef  tak bertauliah berkongsi resepi di fb. Jadi....inilah hasilnya makan petang kelmarin.


 Semuga semua kita dapat mematuhi arahan dan jaga kebersihan. Covid-19 ada dimana-mana. Berdoalah semuga negara kita kembali pulih seperti sediakala.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!



Friday, 6 March 2020

Murunggai/Moringa

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Berita baik....hujan sudah turun lebat di sini hari ini setelah hampir tiga bulan bermusim kemarau. 
Alhamdulillah....

Lega rasa...sekurang-kurangnya dapat menyejukkan bumi dan meneutralkan udara persekitaran. Katak pun turut happy..onggg...anggg...

Sepanjang musim panas yang lalu kebun saya jadi terang dan bebas rumput. Seronok sangat berkebun time begini. Kurang serangan serangga dan juga penyakit.

Ini mendorong  saya membeli  top soil dengan harga 100rm selori. Puas hati  dapat tanah gembur begini. Tengok siapa teman saya....

Mestilah anak dara gebus ni... Penat angkut tanah pun tak terasa kalau yang tersayang setia menunggu gini...

 Walaupun cuaca sangat ekstrim tapi pokok dikebun tetap subur. Pokok murunggai berbuah lebat kali ini. Murunggai ni banyak khasiatnya. Pucuk, buah dan bijinya semua mempunyai nilai perubatan herba tersendiri.

Sesetengah orang tak makan sebab dikatakan berangin badan. Saya feveret buah ni. Boleh juga dimasak cili, goreng tepung, masak lemak dan ada yang buat kurma pun.

Ini kutipan ketiga dan terbanyak. Dua kali sebelum ini saya buat kari untuk dimakan ramai-ramai bersama kawan-kawan.

Yang terakhir ni pun buat kari dengan udang juga khas untuk jamuan kenduri  tahlil kawan baik di kejiranan. Tak sangka rupanya ramai peminat. Puas hati boleh jamu ramai orang. Mmm...setakat ini dulu cerita kebun. Nanti kita share  lagi.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging &  happy gardening!