Tuesday, 2 January 2024

Happy 2024

Selamat tahun baru 2024. Semoga semua kekawan bloggers di beri kemakmuran dan kebahagian yang berpanjangan. Juga semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan ceria disamping keluarga tercinta.

Ok kawan-kawan, please take care. happy blogging & happy gardening!  





 

 

Saturday, 8 April 2023

Syukur Ya Allah....


Alhamdulillah.....saya sebenarnya masih terkejut...bersyukur sangat-sangat. Tiba-tiba saja saya boleh log in kembali  ke blog ini setelah setahun lebih di block oleh Googles. Semuanya gara2 cucu bawah umur buat video youtube guna email saya. Masih lagi tak percaya......saya harap ini bukan sementara....Harap saya boleh menulis kembali sampai bila- bila. Nanti saya ceritakan kejadian sekatan yang dikenakan keatas blog ini.  
Kesempatan  ini saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua kekawan bloggers. Ampun maaf saya pinta kepada bloggers yang saya tak dapat reply dulu.  Masih gugup 😁😁😁 tak tau nak tulis apa. Takut sebenarnya. Takut kehilangan blog ini lagi.... 


Ok kawan- kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!




Sunday, 6 March 2022

Alhamdulillah....bertemu kembali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua kawan bloggers. Setelah hampir 5 bulan menyepi, hari ini saya bulatkan hati untuk meneruskan penulisan di blog My Green Eyes ini. Tidak sama sekali berniat untuk berhenti tapi semenjak  di duga  dengan beberapa episod kesedihan dalam keluarga,  kesihatan yang tidak baik. On off demam memanjang. Sedikit sebanyak menyentap hati, perasaan dan mood kehidupan saya seharian. 

Tahun lepas saya kehilangan abang kandung dan bapa mertua. Tapi tidak dapat balik kampung menatap wajah aruah. Kesihatan saya cukup merudum selepas dua kali vaksin. Demam, batuk, selsema berulang kali menjangkiti tubuh. Mudah penat dan hilang tenaga. Memang nak buat apa pun rasa tak seronok tapi setiap hari saya tetap bertekad nak bangkit semula. Nak berkebun. Nak menulis. Nak happy. Nak rasa ceria macam dulu-dulu balik. Saya cuba hidupkan aktiviti dengan paparan di fb dulu agar saya tudak 'mati' terus....

Bukan mudah nak gerak semula hati dan mood yang terbantut ni. Berkali-kali saya buka blog tapi tutup balik sebab perasaan nak menulis itu kosong. Puas melawan hati akhirnya semangat tu timbul kembali. Semangat menanam pun kembali pulih. Alhamdulillah. Bunga depan rumah dan ruang dalam kembali ceria.

Aktiviti berkebun kembali menyubur. Cuma ralat satu dua jenis pokok sudah hilang dari radar. Mungkin lama diabaikan dia merajuk terus. 

Waktu saya tidak sihat depa berdua ni tetap menjadi peneman setia. Menempek tidur bersama. Sedikit sebanyak boleh hilangkan kemurungan dan perasaan sedih..

Saya masih terus berharap dan mahu saya seperti yang dahulu. Penuh keghairahan dengan tumbuhan dan kehidupan sekeliling saya atau mungkin kah faktor usia yang membataskan perasaan di dalam atau siri-siri kesedihan itu yang mematikan hati dan naluri...oh kawan, please doakan saya sentiasa sihat.

Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening?


















Thursday, 9 September 2021

Bunga Raya 1 / Hibiscus

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua rakan bloggers. Adoi....lama la tak menulis di sini. Dua bulan lebih. Tak tahu kenapa tangan dan hati menjadi berat sedangkan satu masa dulu di sinilah tempatnya saya  berkongsi cerita tentang hobi yang lahir sejak azali ini. Malah blog ini saya wujudkan semata-mata untuk menzahirkan rasa kasih dan sayangnya saya pada pokok-pokok tanaman saya di rumah. Ok tak mahu hanyut....saya sebenarnya masih lagi pembunga tegar....😀 Jom kita suburkan kembali laman ini dengan cerita bunga. 

Bermula awal tahun ini saya jatuh cinta kembali pada si bunga ros dan bunga raya. Kalau nak ikutkan hati semua jenis dan warna nak miliki tapi memandangkan ruang terhad jadi saya beli berpada-pada saja. 

 Sepasu 20-28rm begitulah harganya tapi rata-rata di jual dengan harga 25rm sepasu. Susah nak jumpa harga murah. 

Walaupun covid melanda satu negara dan pelbagai sekatan di kenakan namun saya masih boleh terus membeli secara on line. Ambil masa 3 hari dari Selangor ke Langkawi tapi dengan pembungkusan yang betul pokok sampai dalam kondisi segar bugar. Thumb up pada suppliernya. 

Berbanding ros rasanya lebih berbaloi menanam bunga raya hybrid ini.  Lebih berdaya tahan pada musim hujan sedangkan ros saya di kebun banyak yang sudah mati kerana timpaan air hujan yang berlebihan.

Rasanya 3 tahun lepas saya mula membuat koleksi bunga ini tapi banyak yang mati awal kerana kurang ilmu. Kali ini saya lebih bersedia dan alhamdulillah setakat ini semuanya hidup subur.

Antara yang mula di beli dulu. Tak tahu berapa jenis yang saya ada. Rasanya baru dalam 20 pasu kut...dan ada yang masih belum berbunga kerana kudupnya asyik gugur. Ini yang masih saya tak faham apa masalahnya. 

Bunga raya lebih elok di beli bilamana bunganya kembang di pokok. Boleh lihat dengan jelas apa corak dan warnanya. Semasa kudup agar sukar nak meneka warna sebenar. Terlihat merah keungguan tapi bila kembang keluarnya oren. 

Memerlukan cahaya matahari serta siraman mencukupi juga baja dan semburan racun yang berkala bunga raya akan membesar dengan subur dan berbunga cantik . Tapi tu la....kena rajin membelek  juga serangan ulat dan bena putih.

Ok rasanya berhenti di sini dulu. Ni kita warm up ja dulu. Banyak lagi menunggu dalam senarai. Nanti sambung lagi cerita bahagian sterusnya.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening.
#staysafe



























Tuesday, 15 June 2021

Yang comel-comel saja...

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tak sedar dah 3bulan lebih tak posting di blog ini. Saya masih wujud dan sihat. Harap semua masih ingatkan my green eye's ya....

Entry ini saya pernah post beberapa bulan lalu malangnya saya dapati ianya hilang dari radar blog. Entah ke mana ghaibnya dan bagaimana ia boleh hilang saya pun tak tahu. Mungkinkah saya sendiri yang terdelete tanpa sedar. Jadi saya re post sekali lagi arini.

OK, peria putih ini saya dapat benihnya dari kawan fb. Cantik sangat kejadiannya. Putih bersih.
 Rasanya? Mmm...dah nama peria kan..tentulah ada rasa pahitnya.
Teksturnya saja  terasa sedikit keras dan rapuh. Berkongsi kecomelan di situ ialah buah strawberry kenit yang saya tanam belakang rumah..😁

Tak tahu nak buh baja apa bagi buahnya besar....tapi tak apalah. Berbesar hati juga sebab dia masih berbuah dan rasa,warna juga bentuknya ada di situ...masih sebiji strawberry kann...

Ini pula labu butternut squash. Boleh kata setiap tahun saya menanamnya. Rasanya lebih kurang sama juga dengan labu biasa. 

Rupa buah dan warnanya masa muda.

Hasil tuaian. Mmm...kecomelan yang membuatkan rasa sayang nak makan. Itulah masalahnya bila pandang sayur macam bunga. Ikut hati nak biarkan ia tergantung selamanya di pokok...sayang sangat nak petik tapi akhiranya tetaplah masuk kemulut jua...😁😁

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

 









Sunday, 28 February 2021

Fenomena P

 Musim keringgg.....panas ya amat. Dari bulan January lepas saya bertungkus lumus bersihkan kebun. Tanam semula pokok dan semai benih- benih sayuran juga bunga. Yang mana bunga hilang dari radar saya beli semula benihnya secara online atau dapatkan dari kawan. Saya juga mengupah Abang Ubat merumput sebab sukar nak dapat orang yang mau membuat kerja sebegini. Tapi bila kena tangkap terpaksalah saya buat sendiri perlahan- lahan.

Seronok bila buah mula keluarkan hasil. Tak habis makan. Semua kongsi dengan rakan.

Sekarang di tempat saya orang tengah gila menanam. Sungguh ini satu fenomena. Berebut di eco orang membeli pasu. Sampai habis. Sampai habis. Belum pernah terjadi sebelum ini.

Saya malas nak beratur jadi kirim dengan kawan beli. Penat nak berdiri. Lagipun lutut saya masih sakit. Belum pulih sepenuhnya.

Pokok yang tengah trending di Langkawi sekarang ialah ros, ati-ati dan keladi...mmmm...Sungguh ini memberi rezeki di musim covid. Orang menjual dan nursery baru tumbuh bak cendawan. Dari 5-6 nursery sudah jadi berbelas sekarang. Semua pokok sentiasa sold out. Berebut orang membeli.

Saya sendiri juga mendapat tempias. Alhamdulillah.  Kawan-kawan datang membeli dan membooking. Dapat juga jual sikit-sikit. Lepas lah beli baja,tanah dan pokok baru😁

Nanti kita kongsi cerita bunga. Saya pun yang insaf seketika dulu rupanya kembali tergoda dek kegilaan ramai. Terburai sudah janji...Apalagi geng pun ramai. Yang tak pernah menanam pun dah start membunga dan berkebun. 

Diam tak diam sudah setahun kita hidup bersama covid. Entah bila mana redanya. Puas dengar analisa analisis...gebang-gebang rakyat...puak politik juga.  Siapa yang betul dan siapa yang salah. Tak tahu lah tapi yang ketara Ustaz Ebiet Liew juga yang di sayangi kann...

Orang kata lemon baik untuk pencegahan. Ni ha lemon pokok saya. Gedabak besar. Apapun jagalah SOP.  Jaga diri sebaik mungkin. Insya Allah satu hari tuhan akan dengar doa kita.


Setakat ini dulu. Nanti kita cerita lagi. Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua rakan bloggers.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!














Friday, 1 January 2021

Year of 2021

Happy 2021. Semoga tahun ini membawa kemakmuran dan kebahgiaan buat kita semua.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
#staysafe.