Saturday, 24 May 2014

Good Morning Scarlet!

Scarlet O'Hara -  satu  nama yang cukup klasik dalam sebuah novel yang di angkat ke dunia perfileman - Gone With The Wind.  Namun hari ini saya bukanlah nak menceritakan pasal filem tersebut melainkan kisah morning glory Scarlet O'Hara kepunyaan seorang penggemar yang selalu kecundang untuk memiliki bunga morning glory dari jenis yang lain.  Siapakah  orang malang tersebut ?

Saya lah orangnya.....Setelah gagal pada musim kedua, saya telah mencuba melakukan beberapa perubahan hasil dari pembacaan dan pengalaman sendiri.

Setinggi terima kasih harus ditujukan buat  Diana - Kebun Bahagia Bersama. Darinya benih ini mula didapati setelah sekian lamanya saya mencari.
  
Sebenarnya saya pernah menanamnya sekitar awal 90an dulu. Beli benih dipasaraya. Ia tumbuh dengan subur dan warna bunga yang keluar sebiji macam di peket. Pelbagai.  Kali kedua tanam saya tidak sempat menyimpan sebiji pun biji benih kerana pokok mati muda akibat serangan bena putih.
  
Ini adalah antara contoh bunga-bunga yang menemui kegagalan samada layu sebelum kembang, bantut atau mati begitu saja akibat silap teknik penjagaan. Tiada waris....

Ini pun contoh kegagalan...cukup-cukup frust...sebab saya sangat mengharap!

  Setelah itu baru saya faham dan pelajari. Bunga ini memerlukan cahaya matahari penuh untuk membesar  walaupun berasal dari tempat yang sejuk. Sebab itu musim ketiga ini saya letakkan dia diluar pagar.

Ini percubaan pertama letak dekat pagar homestay sebelah. Panas dari pagi sampai kepetang. Eluk pun dia...

Ini pula morning glory jadian dari benih Black Eyed Susan Vine..lain yang tanam lain yang timbul...

Kitaran hidup morning glory. Kembangnya seketika sahaja.

   Tapi keceriaan dan kebahgiaan yang diberikan berkekalan.....

14 comments:

  1. They are a pretty bloom but one of the worst weeds in my garden, I spend lots of time trying to rid my world of them but only more come to climb on everything. We have mainly a deep blue/purple and also white ones, I like your's better as they are pretty and around the other side of the world from my garden. LOL

    ReplyDelete
  2. Oh, I love the dark blue morning glory. Actually I've tried many time's to add more varieties and colors but failed. Only this one left. Somemore, it's really difficult to get the seeds here. Most of the nurseries & supermarket did not sell morning glory seeds or pot plants. Lucky I find it from other blogger but I will never stop, still hunting my desired because I'm a big fan of this flowers.

    ReplyDelete
  3. Semua color cantik k.mala...teringin nk tanam tp laman x luas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna dia sama ja diluar atau dalam gambar. Striking. Kak pun tak dak ruang juga itu yang sampai melanggar rumah orang sebelah tu. Tanam dalam pasu gantung pun boleh juga.

      Delete
  4. Menawan sungguh warna ungu ni kak, cantik2....

    ReplyDelete
  5. Memang color pink ini cukup menawan.Kali ini bunga dia pun jadi besar sangat Tapi sayang petang semalam kambing dah makan licin morning glory yang kat pagar tu..sakit betul hati, mujur dan update. Habis semua daun dia makan.

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Mala,

    Cantiknya.. baru tau morning glory ni ada banyak warna hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak color Honey tapi tu la..yang lain color kak tanam semua tak menjadi..yang jenis ni satu saja yang tahan pun..ni nak kena riki2 kat Diana la benih baru..

      Delete
  7. MasyaAllah...cantik2nya morning scarlet ni....ceria laman

    ReplyDelete
  8. Itu la..bayangkan kalau dapat tanam mixed color...lagi ceriakan..

    ReplyDelete
  9. Scarlet saya dah pupus dah... namun ada benih ditinggalkan... suka saya tengok pink di celah pagar tu... berseri2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang celah pagar tu dah arwah Mar. Habis daun dia kambing dah rembat.Tinggal bunga ja duk kembang togel macamtu. Stok biji benih kak yang musim pertama masih ada lagi.

      Delete
  10. Nak kena banyak matahari yang seri pagi ni.
    Aik daun seri pagi pun che kam bole masuk menu dia gak.

    ReplyDelete
  11. Dia ni jenis Malaysia Boleh..macam tuan dia juga. Apa ada depan mata semua dia sapu. Kambing kita kat kampung dulu pilih2 daun juga nak makan..

    ReplyDelete