Friday, 30 May 2014

Bulan Ini

Bulan ini bulan hujan. Hujan rahmat ini  telah menyuburkan semua tumbuhan yang di tanam. Secara tidak lansung kesuburan ini memberi makanan kepada makhluk lain yang berada di kitaran sekeliling. Bulan ini juga saya perasan banyak rama-rama muncul di halaman. Begitu juga dengan belalang, kumbang dan serengga perosak yang lain. Banyak pokok yang jadi mangsa. Memang saya tidak berpuas hati sangat. Namun terpaksa hadapi juga ancaman semulajadi ini dengan pasrah.

Bagai berjanji tiga ekor rama-rama telah  muncul berselang hari pada waktu senja di sekitar halaman dalam. Ini hari pertama.

Hari kedua..

Hari ketiga..kebetulan hinggap dipokok yang sama. Walupun mereka kelihatan cantik tapi hati saya tidak berapa seronok..

Kerana saya tahu banyaklah pula nanti pokok saya yang akan jadi korban

Bulan ini ulat begitu meriah berpesta

Ulat di pokok Dahlia dan Pukul Sepuluh..

Ulat di pokok bayam, Asystasia dan pokok Marigold.

Seperti rama-rama, belalang kuning  dewasa ini kelihatan cantik dan tenang ketika sedang berehat

Tapi kemusnahan yang di sebabkan olehnya begitu besar. Pokok bayam merah saya yang subur, habis berlubang daunya.

Dua jenis belalang ini mendominasi tanaman. Anak-anak belalang kuning sangat suka pada pokok dan bunga matahari. Belalang kacung pula mendominasi semua pokok yang ada.

Kumbang-kumbang kecil ini juga tidak kurang pentingnya dalam memusnahkan pokok sayuran 

                                                                   Dan juga pokok bunga saya

Bulan hujan juga begitu bermakna pada siput dan anak kumbang dipokok kari. Sedap makan percuma.

Namun bagi kambing-kambing ini tiada bulan untuk mereka, setiap hari adalah harijadi.Petang tadi sekali lagi dua elor anak kambing di atas membolosi ruang pintu pagar homestay. Seronok mereka berpesta.
  
Kesannya. Asystassia SP tinggal sekerat. Bauhinia cuma tinggal dua helai daun. Morning Glory kali ketiga makan kontot terus.

Begitu juga dengan pokok Roselle dan bunga telang, turut jadi mangsa.. 
  

Bulan dan Helang...bukan kisah perosak cuma saja  kita sejukkan mata dengan photo ini kerana bulan ini juga merupakan bulan dimana burung-burung helang ini banyak berkeliaran di atas bumbung rumah dan kawasan lapang rumah saya. Gambar ini di ambil lebih kurang 2 nminggu yang lepas. Kalau camera saya boleh zoom lagi jelaslah gambarnya.

22 comments:

  1. Suka duka dalam bertanam... semoga tanaman akak ceria semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cabaran sungguh...tambahan kita pula bekerja dan sekarang musim hujan. Dua hari ja tak cek bunga..mesti ada yang tak kena nanti..

      Delete
  2. Suka dengan kembara entry kak mala...cantik semua gambar nya...ptt la banyak rama2 warna warni...ulat nya banyak bermacam spesis...kalau di rumah sy ni biasa nya ulat hijau saja
    Belalang memang makin banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulat yang besar pun ada, sampai naik geli nak focus. Rama-rama time dia turun ramai2 hisap madu seronok sangat tengok. Macam-macam color ada, cantik, tapi itulah anak2 dia yang fade up tu..

      Delete
  3. rezeki sama dikongsi..hehe.. tapi sedih jugak tengok daun lubang2 n tinggal ranting jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih sudi melawat Cik Siti. Sharing is caring katakan...

      Delete
  4. sama la kak, habes pokok bunga matahari saya berlubang2...lps spray H2O nmpk byk yg tegolek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa ya kak tak pernah ingat nak guna H2O.

      Delete
  5. limau kasturi saya dimakan ulat jenis mana tak pasti,,, belum lagi terserempak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di rumah kak selalunya ada satu jenis ulat je yang suka makan daunnya pokok limau dan kari, ha, yang macam kat gambar no 5. ha itulah ulatnya.

      Delete
  6. Itulah Julie x gemar sangat dgn rama2 walaupun serangga ni memang cantik, tapi lepas tu memang banyaklah ulat2 menempel d celah2 daun bunga/sayur, belalang pun sama Julie geram btl dgn serangga ni, baik lg ulat senang je kita buang, tapi belalang hmmm.....dlu dkt laman rumah Julie banyak cicak jenis mengkarung yg memang makan belalang, tapi since kebelakangan ni populasi cicak tu makin berkurang sebab selalu je kucing2 jiran tangkap, maka banyaklah belalang menyerang bunga2 d laman rumah Julie :(

    ReplyDelete
  7. Macam Kak Mar cakaplah - suka duka dalam bertanam..

    ReplyDelete
  8. Suka duka dalam bertanam banyak menguji kesabaran.
    Dekat rumah ni belalang banyak tangkap pakai tangan je, pijak rumput melompat-lompat dengan meriahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belalang tu memang banyak sangat. Boleh tenyeh2 macam tu atas daun. Tapi kadang2 kesian juga tengok. Pasal anak2 dia comel gitu..

      Delete
  9. You have as many critters in your garden as mine. Just a handful of them would be a nice balance, otherwise they would become real threats.
    Btw, I can see that the leaves of your muraya have been infested with thrips. When I have them om my plants, Iwould immediately "botak" them before they spread.

    ReplyDelete
  10. Ya, you're right Elsie. My Muraya has been infected with thrips from pokok melur. Last time they stayed nearest each other. Now I move it to another corner. Seems like to follow your way - botak them before its spread to another plant.

    ReplyDelete
  11. samalah laman rmh akak pun penuh dgn rama2 kecil. bila siram pokok pagi tadi mereka berterbangan mewujudkan pemandangan yg indah.itulah kebesaran Allah dan kitaran kehidupan yg di ciptaNya..
    sayang pokok nor habis rosak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya tahun ni musim rama-rama kut..tengok TV pun siar kisah kupu-kupu besar hitam yang timbul banyak kat Pahang. Tahun lepas saya rasa tak lah banyak sampai macam ini.

      Delete
  12. Salam Kak Mala,

    Cantik sungguh semua gambar serangga tu.

    Banyaknya pokok bayam! Memang meriah lah ulat ulat and belalang tu makan daunnya. Macam saya punya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kak memang suka ambil gambar serangga kecil. Syok tengok. Cute dan kadang2 nampak ganjil.
      Pokok bayam tu benih dari musim pertama. Sepokok saja simpan untuk benih. Tak sangka bila semai tumbuh punyalah banyak. Kenduri sakan lah sang belalang.

      Delete