Saturday, 10 May 2014

Turning Susan, Did She ?

Begini kisahnya, tiga bulan lepas adik saya pergi bercuti dan dengan sukanya memberitahu dia membawa balik benih bunga menjalar yang sangat comel tetapi berwarna orange dan hitam ditengahnya. Oh...itu semestinya Black Eyed Susan Vine.  Saya yakin benar. memang saya pun berminat dengan bunga tersebut tapi tidak tahu siapa yang menjual benihnya. Pendek cerita adik saya menyemainya dikampung dan berjaya tumbuh dan hidup begitu subur dan berbunga. Ketika itulah dia menalipon saya dengan satu kejutan:
' Sis..why my Susan turned into morning glory - pink colour '

Saya ketawa berdekah-dekah.
' Impossible. How come ? Semai wrong seeds kut...hahahaa...' Saya rasa dia tersilap menyemai benih morning glory Scarlet O'Hara  yang saya bagi. Tapi adik saya tetap berkeras dia menanam benih Susan. 100% dia yakin. How come...saya pula 100% rasa adik saya yang tersilap. Tidak percaya. Mustahil amat.
Kerana kami suka berbalah pasal kejadian pelik itu  tak habis-habis, akhirnya adik membawa saya ketempat bunga tersebut.
Ini sebenarnya Black Eyed Susan Vine. Walaupun sama-sama menjalar Black Eyed Susan Vine dari kelompok Thunbergia Alata dan morning glory dari kelompok Ipomoea. Kalau keluar warna lain saya percaya tapi jadi rupa lain itu yang sukar di terima. Mesti something wrong somewhere..

Untuk membuktikan adik saya tersilap, saya telah meneliti tempat dimana dia mengambil bunga tersebut. Memang dipagar tinggi yang didirikan disitu tidak ada lansung bunga morning glory. Cuma Susan sahaja berkembang meriah. Saya pun mengutip biji benih yang kering dipokok  dan yang gugur ketanah. Saya perhatikan biji benihnya lebih kecil, berwarna perang gelap. Seakan morning glory tetapi ia agak berjerigi. Saya terus semai pokok tersebut. Dalam masa lima hari sudah tumbuh dan membesar pada hari-hari berikut tanpa sebarang masalah. Pada masa yang sama pokok-pokok morning glory batch ketiga turut subur menghijau.

Sebulan setengah kemudian putik bunga mulai kelihatan. Saya lihat daunnya lebih hijau gelap dan menimbul. Batangnya lebih perang kemerahan. Agak berbeza dari morning glory yang berdaun hijau muda licin. Namun rupa bentuk pokok tidak banyak bezanya. Hish..bukan Susan kah? Kelmarin petang tiba-tiba saja kudupnya nampak membesar ketara.  Warnanya agak gelap but ..why did she's looked like Scarlet ?  Ehhh...how come..impossible !!! Saya terus talipon adik. Gelak besar dia - Aci lawan kerat jari - She's not Susan!!!

Bangun pagi ini, dari celah tingkap rupa ini lah yang muncul. Sah! My Susan has turned into Scarlet O'Hara. There's no black eyed. No orange color but pink....why...why....whyyyyyy........

Kerana masih lagi tidak dapat terima kenyataan, saya meneliti pula bentuk daun morning glory yang saya semai itu. Sebelah kiri ialah daun morning glory jadi2an. Lebih hijau dan menggerutu. sebelah kanan rupa daun morning glory scarlet O hara yang biasa ada dirumah. Mungkinkah daun baru dalam gambar atas itu yang sebenarnya Black Eyed Susan Vine? Lihat daunnya pun bentuk lain..mungkinkah itu pokoknya... berapa lama saya harus menanti bunganya keluar  sebagai bukti?

Sampai ke waktu ini saya masih tidak mempunyai jawapan yang mutlak di atas perubahan tersebut. Sepertimana adik, saya pun yakin 100% saya telah mengambil dan menyemai benih yang betul. Tidak ada morning glory di situ, semata-mata Black Eyed Susan sahaja. Mungkinkah ini satu 'phenomena' atau..memang sebelum itu ada ditanam morning glory disitu, telah mati pokoknya namun benihnya masih tergantung disitu....?





























10 comments:

  1. Cantik nya black eye Susan tu...tk pernah tgk...kalau morning glory biasa lah

    ReplyDelete
  2. Ya memang comel sangat bunganya tapi itulah tak tahu kenapa bila tanam bunga ini - morning glory yang keluar. Heran betul kak...

    ReplyDelete
  3. cantiknya morning glory kakak tu, nanti saya pun nak tanam jugaklah, cantik sungguh warna pink tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh dapat macam2 color lagi cantik. Boleh beli dari Diana.

      Delete
  4. Saya suka keduanya, sama cantiknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi saya masih mengharapkan keajaiban agar dia bertukar kembali menjadi Black Eyed Susan yang sebenar.

      Delete
  5. Mungkin tersilap benih kot.....oktakpa semai lain la nampaknya ...black eye Susan. tentu cantik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih tak boleh terima silap petik benih ni..sebab ketika itu memang tidak ada bunga lain sekitarnya kecuali Petunia. Itupun benih Susan tidak dijual cuma tempat tu tanam dia sepbagai hiasan. Kak just kutip ja dari situ...

      Delete
  6. Waaah...misteri ni kak..ni buat teruja nak tahu apa terjadi selanjutnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah misteri sungguh. Kalau tempat tu dekat mau nak pi sekali lagi. Ambil gambar bukti banyak2 then balik tanam sekali lagi dan mujur tak sahut cabaran adik kerat jari, tidak tak pasai2 jadi sikudung...

      Delete