Thursday, 22 May 2014

The One And Only...

Saya tidak pernah ada rose yang lain selain daripada yang ini dalam tempoh lapan tahun kebelakangan ini. Saya amat sayang dan menghargainya kerana bunga  ini merupakan salah satu bunga mawar kegemaran arwah emak.

Pokok pertama saya tanam selepas pemergian emak pada tahun 2006. Saya bawa balik bunga ini dari kampong dan tanam dipagar depan rumah tapi terpaksa ditebang sebab menganggu perjalanan bila di adakan majlis perkawinan anak pada tahun 2011.

Pokok kedua tidak sesubur pokok pertama. Terpaksa berkongsi dan bersaing tempat dengan tanaman lain. Keadaan tidak selesa ini mempengaruhi pengeluaran bunganya yang sepatutnya berkembang dalam jambak besar dengan berbelas kuntuman bunga.

Dari jenis climbing roses, saya tidak pernah peduli apa namanya kerana ia memang cantik. Dalam tempoh hampir dua tahun,  inilah jambak yang agak besar di hadiahkan.  Ada lapan kuntum bunga.

Waktu awal berbunga, warnanya antara cream dan peach dan putih bila kembang sepenuhnya

 Setiap pagi saya  tidak pernah lupa untuk merakam setiap detik perkembangannya.

Memandangnya membuatkan saya terkenangkan kepada arwah emak setiap ketika. Saya rindu.....How I miss her so much!

 Sebab itu, pada saya tak mengapalah kalau  tidak ada mawar lain di taman asalkan ada dia, yang ada kenangan. Moga terus subur dalam ingatan.

28 comments:

  1. Such a simple beautiful little rose. To be able to smell it, maybe someone will invent that one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, they are really simple flowers but has much sentimental value. The roses remind me to my late mother. It was her favaourite roses.

      Delete
  2. cantiknya baby rose ni kak, teringat plak pokok2 bunga rose Julie masa kat kampung dlu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pun duk cari satu lagi jenis ros kampung yang wangi sangat. Susah nak dapat la ni. Kat nursery semua jenis ros moden2 ni...

      Delete
  3. tumpang terharu kak...
    Wangi tak ros ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sewangi bunga ros kampung tapi tetap ada bau ros nya. Jenis ni kena buat pergola sebab jenis climbing.

      Delete
  4. Ya Allah... kalaulah pokok bunga ros kakak boleh meriah macam ini memang hari-hari kakak duduk tepi pasu Mala. Pokok bunga ros kakak daun bukan main meriah tapi bunganya adalah 3-4 kuntum aje tu pun satu sana satu sini tak macam Mala punya satu dahan dah meriah macam tu:) Jeles ni hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok pertama dulu berjambak2 dia kembang. Tiap jambak berbelas-belas kuntum. Cantik saja dia bersidai atas pagar. Kak boleh bentuk2 lagi batangnya sebab dia jenis menjalar. Tapi waktu tu tak reti blog2 ni, jadi tak adalah simpan gambarnya.

      Delete
  5. Terharu sangat..alfatihah buat arwah mak mala..
    Cantik kembang nya..berjambak pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yon kerana sudi melawat. Nak panggil kak pun takut saya ni tua lagi...Saya tengok ros garden Yon dientry sesaorang semasa duk search info. Cantik sangat bunga2 Yon tu...suka saya.

      Delete
  6. Cantiklah gugusannya sangat unik gemar sangat menengoknya.
    Very precious.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak tengah berkira-kira nak ubah ros ni ke tempat lain, biar lebih selesa.

      Delete
  7. Subhanallah k.mala...sangat sangat cantik...color nya lembut sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak lebih suka kalau dia kekal pada warna mula tu..memang nampak lembut

      Delete
  8. Cantiknya mawar ini. Saya pernah tanam mawar serupa ini dari cutting tapi batangnya mengering dan mati. Kalau itu ada di halamanku, tentu tiap hari kucium hirup aromanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini aromanya tidak lah seberapa kuat tapi tetap harum.

      Delete
  9. kak mala. namanya prosperity tapi bukan burger MCD tu tau. haha. kat rumah pun ada ros ni. mulanya saya tanam pasu sekarang dah alih ke tanah. tengah galak berbunga sejak duduk atas tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, terima kasih info namanya. Ya Allah, dah berpuluh tahun tanam di kampung, ni baru tahu namanya. Padan sunnguh nama tu dengan bunga rose ini. Patut naik berjambak-jambak - prosperity!

      Delete
  10. cantiknye mawar nie! boleh jadi bunga hias kat ruang tamu rumah! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmm..eluk juga tapi tak tahu lama mana dia boleh bertahan.

      Delete
  11. Lovely lovely! You have green fingers Normala! Yesterday I was just admiring some roses that a gardener planted in front of her house. It was a pink one. Your white one is a beauty too!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm interested growing roses too. Just wait for the right time visiting the nursery.

      Delete
  12. What a sweet and lovely way to remember your late mum. The peach and white roses are pretty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm inherited this passionate from my mak & bapa. They trained me from childhood to love and cares for our pets and plants.

      Delete
  13. Lebatnya bunga dia . Suka saya nengoknya.. tak berani nak ber rose ni... tak pandai dan tak de masa nak belek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya la Mar. Kak pun minat nak tanam semua tapi masa selalu tak cukup...bukan tak tau kalau tengok bunga boleh ralit berjam-jam..

      Delete
  14. Che Wa punya hidup dak? Tak perasan pula...

    ReplyDelete