Saturday, 17 May 2014

Beauty Creatures In My Garden

Sepanjang bulan ini hujan turun berterusan. Pokok-pokok semacam mati hidup semula. Rahmat dari Tuhan ini memberi kesuburan pada seluruh tanaman di sekeliling rumah. Bunga-bunga yang berkembang  dengan pelbagai warna dan keharuman telah menarik banyak unggas melewati laman.
 Yang paling saya gemar ialah rama-rama tapi tidaklah semudah mana untuk merakam gambarnya kerana sifatnya yang liar itu.   Petang ini saya rasa bertuah amat kerana sempat merakam pergerakkan beberapa ekor dari mereka secara semula jadi. Walaupun  masih banyak yang masih bebas, tapi saya tetap berpuas hati.  Bersama unggas yang lain, saya abadikan kecantikkan mereka disini






 

 



 








 




 'Unggas' besar ini pun dalam senarai juga kerana sentiasa berkeliaran di garden saya.






































































20 comments:

  1. Julie paling suka tgk lebah & burung hinggap d pokok & d bunga2, rama2 mmg cantik, tapi lepas je rama2 ni hinggap sure x lama adalah ulat menyerang pokok2 bunga. Cantik gambar riang2 tu kak, tp lagi cantik gambar kucing kakak tu, comel hehe... :)

    ReplyDelete
  2. Ya memang betul Julie, dah banyak dah jumpa ulat2 kat pokok Setakat ni dah 2 pasu di baham licin. Riang2 tu macam dapat bonus rasa, waktu jumpa, dia baru menyalin kulit di pokok ros jepun. Masih dalam keadaan berehat. Sesuatu yang jarang amat dijumpai.

    ReplyDelete
  3. Cantik la gambar akak amik...kena je dgn semua serangga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nadia. Susah juga sebenarnya nak shoot rama-rama. Terkejar sana sini sebab dia sensitive dan liar. Guna pula camera biasa dan kak pula tak mahir. Sebenarnya banyak jenis lagi yang ada tapi tak dapat nak ambil gambar atau gambar tak sempurna.

      Delete
  4. Beautiful butterflies and so sweet kitty on the meadow !
    Greetings

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ela. It's my lovely cat. Always company me while I'm gardening.

      Delete
  5. uniknyer...rama2 kunin tu kak....tak terbang pulak depa ni...nih mesti dasyat punya zoom kan? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa kata tak terbang Ana oii....kak pun dah hitam pasal duk ligan rama2 ni. yang kuning tu kak duk perembang dekat 1/2 jam. Rama-rama mana boleh duk diam. Kena ambil gambar secepat mungkin sebab bukan ada lensa zoom canggih pun. Sebenarnya banyak gaya ada tapi kak pilih yang rasa agak cantik ja untuk entry.

      Delete
  6. Camera apa ni ya... sharp shooter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camera Nikon zaman lama punya. Tu pun duk tunggu hari ja...

      Delete
  7. Salam Kak Mala,

    Comel sungguh kucing Kak Mala. Gemok sihat dan bersih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Honey. Terima kasih kerana sudi melawat. Kucing kak tu kucing kampung. Makan tidur ja Honey, mana tak gemuk nya..

      Delete
  8. Kebun Kak Mala Taman Bunga merangkap Taman Rama-Rama :).
    Alangkah indahnya mata memandang.

    ReplyDelete
  9. Banyak ram-rama banyaklah ulatnya Diana.Itu yang tak tahan.

    ReplyDelete
  10. wah! so beautiful butterfly! I never have luck snapping their photos! montel kucing tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. We need to be patience while snapping this wild rama-rama. It take's time too. Lucky if you have a sophisticated camera tools.

      Delete
  11. Seronok berada di kalangan mereka ni.
    Teringat buku Enid Blyton pasal pengembaraan di suatu kawasan yg penuh rama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee...tu buku kak zaman sekolah rendah. Bila baca dah terbayang macam kitalah duk dalam cerita tu. Nancy Drew..Hardy Boy...teringat novel2 zaman dulu.

      Delete