Thursday, 8 May 2014

Siti Hydrangea...

Nama Baru ? Tidak salahkan mencantum dua nama ini - Siti Zubaidah dan Hydrangea.  Masih pada rupa dan pokok yang sama. Saya, baru tahun ini tahu rupanya dia dinamakan sedemikian.  Nama yang sangat nostalgia.Tersenyum sendirian. Siti Zubaidah sebenarnya mengingatkan saya kepada sebuah syair indah dan merdu  yang selalu kami nyanyikan beramai-ramai pada zaman sekolah rendah dahulu, dengan penuh perasaan dan perasan. Apalagi kalau ada gerombolan pelajar lelaki melintas. Makin nyaringlah lagi suara bergema...Mmm..lucu dan sungguh indah bila dikenang..

Seindah jambak pertama yang dihadiahkan kepada saya tahun ini. Saya patut mengucapkan terima kasih kepada bunga yang asalnya dikenali sebagai Bunga Tiga Bulan ini. Masakan tidak, bertahun-tahun lamanya saya telah mengabaikan dia. Terperuk di tempat gelap tanpa  perhatian.

Sehinggalah bulan lepas saya mula membaja dan memindahkannya keluar pagar. Hasilnya putik bunga mulai keluar. 

 Dulu saya ada tiga pasu pokok ini. Salah satunya berbunga pink lembut. Sekarang tinggal dua kerana satu pasu lagi saya biar2kan sampai mati keterpaksaan. Dia tidak mahu mati sebenarnya tapi saya patah2kan.

Pasu yang pertama bunganya biru keungguan. Mungkin tanahnya lebih berasid.

Lihat, jambak kedua dan ketiga sedang berkembang dari pasu pertama.

Ini jambak pertama dari pasu kedua. Masih belum tahu apa warnanya. Mungkinkah pink lembut ? Saya berharap sangat ia begitu. Kalau tetap biru, bermakna yang saya paksa matikan dulu itulah berbunga pink. Padan lah muka saya...













16 comments:

  1. bunga ni memang cantik kak, antara bunga termahal di dunia, tapi x wangi hehe....

    ReplyDelete
  2. Kak tahu dia cantik, tapi tak tahu kenapa kejam abaikan dia. Sudahlah dia ni antara pokok yang paling lama dan setia bersama. Rasanya belasan tahun kut. Bulan depan nak hadiah dia rumah ( pasu ) baru yang lebih besar...

    ReplyDelete
  3. Beautiful... I heard that depending upon the nature of soil its colour changes..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, it is and the colours determined by soil pH. Acidic soil closer to blue flower and alkaline more to pink but for me I don't mind whether it's blue or pink as long as they can produce well, so happy. If I got both - it's bonus!

      Delete
  4. Aaa Siti zubaidah....asalnya sy minat bunga ni bila terpandang teko yang bercorak bunga hydrangea...colornya seperti yang k.mala punya biru keungguan...

    Yang sy ada ni bunga nya pink...tapi bila bunga makin besar..color makin pudar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, banyak orang panggil Siti Zubaidah, kak kenali bunga ni dari zaman remaja sebagai Tiga Bulan atau Bunga Batu. Dulu2 tak tau pun pasal2 asid & alkani ni. Ingatkan bunga dia suka tukar2 warna...

      Delete
  5. I have one remain in my front yard. Too much shady make she's so lazy on showing me her flower. I missed her flowers! Yours is so beautiful!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mine, take a long period to flowering. Maybe I placed her at the wrong corner. To shady but direct sun also not good to this plant, the leaves could be dry.

      Delete
  6. I love hydrangeas too. Yours are healthy and great. I had a row planted in my new garden. They were dug out from my present garden and transplanted there. All the bushes survived!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, glad to hear that. Hope they are lush growing in your new garden.

      Delete
  7. baru tahu hydrangeas ni nama siti zubaidah...pokok tanam dgn keratan atau biji kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanam dengan keratan batang selalunya. Tak tahu pula kalau dia ada biji benih. Kak tak pernah teliti bila bunga tu kering sebab bunga ni ambil masa yang lama untuk layu.

      Delete
  8. saya miss bunga ni.... dulu beli baka siam tak menjadi juga... bunga favourite juga ni.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pun pernah beli satu yang Cameron punya. Saja syok2 sebab seronok tengok bunga contoh dia yang besar2. Tapi sampai sudah tak naik bunga, hidup bukan main subur. Last2 buang gitu saja.

      Delete
  9. Replies
    1. Kak pakai baja hijau dan baja merah untuk bunga tu. Yang selalu ada jual kat kedai tu. Baja kopi pun eluk juga.

      Delete