Alhamdulillah. Selamat berpuasa kepada semua hari ini. Bermula sahur pagi tadi, saya berdoa agar dipermudahkan puasa dan amalan saya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Pagi hari tadi saya mulakan dengan membelek pokok dahulu. Seperti biasa bunga, daun, ulat dan kupurama adalah sebahagian dari rutin pagi.
Bermula dengan sambungan cerita Hydrangea terlebih dahulu. Keputusannya kedua-dua pasu berbunga biru juga. Sahlah bunga pink sudah pupus. Agak kecewa.
Namun tanpa diduga, selang beberapa minggu kemudian jambak kedua yang keluar dari pasu pertama berwarna pink sedangkan dua jambak yang lain berwarna biru. Miracle!
Hajat hati dipenuhi. Alhamdulillah. Lihat betapa cantiknya bunga yang tidak dipedulikan dahulu ini berkembang. Lalu saya mula mencari beberapa lagi pokok yang turut diabaikan selama ini.
Salah satu darinya. Copper leaf bertahun-tahun terperuk di ceruk. Ada secotek ubi dan daun kecil semasa saya jumpa. Sebulan sahaja dibelai, lihat hasilnya.
Contra antara warna bunga dan daun begitu memikat.
Purple Heart. Waktu gambar ini di ambil bunga comelnya dah layu. Pun waktu jumpa dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Sekarang sudah cantik. Harap selepas ini tiada pengabaian lagi.
Panas terik tiba-tiba disimbahi hujan yang begitu lebat. Alhamdulillah hujan di hari pertama Ramadhan. Sejuk suasana. Kesian pula tengok pokok jambu ini. Sebahagian besarnya bakal dikorbankan dalam waktu terdekat.
Dalam hujan lebat saya terpandang Heliconia ini, seolah-olah berteduh dibawah daunannya sendiri.
Memang ralit melihat kecantikkan didepan mata. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi kemakmuran ini kepada kita semua. Sebab itu tidak perlu kita membazir dan berlebihan segala.
Masih ramai diluar sana yang susah dan kelaparan. Bayangkan kalau hidup kita diumpamakan seperti kucing-kucing berkeliaran ini. Sentiasa mengharapkan belas simpati pada orang untuk sesuap nasi.
Sebab itu mesti banyak beringat. Terutamanya saya. Bulan Ramadhan kali ini mungkin menuntut lebih banyak kesabaran dalam diri ini . Tidak boleh marah-marah. Kena henti semua hamun dan kata nista. Mesti banyak sedekah.
Dan juga amal jariah. Terimalah sesuatu itu dengan penuh kesyukuran. Jauhi prasangka.
Apalagi yang perlu saya katakan....kalau melihat setia menanti dan berharap begini. Tambahan saudara baru pula ...