Tuesday, 17 June 2014

Telang Biru dan Telang Putih

Bunga telang putih saya akhirnya berbunga buat kali pertama setelah menyemainya hampir dua bulan yang lalu. Saya lebih teruja menunggu  telang putih ini berbunga dari telang biru kerana memang saya tidak menduga bahawa  pokok telang ini mempunyai pelbagai warna. Saya ingat cuma biru sahaja warna lazimnya. Terima kasih Olive kerana membuatnya menjadi kenyataan. 

      Biru dan Putih.

 Ini kembang pertama telang putih beberapa hari yang lalu. Menurut Olive  ada dua jenis benih  bunga iaitu single dan double petal. Kira nasiblah, tapi dapat juga double petal. Hasrat tertunai.

Ini pula kembang pertama telang biru beberapa bulan yang lalu. Saya dapati kelopak telang biru lebih tebal layersnya. Lebih cantik tapi tidak seperti telang putih, telang biru  mudah didapati disini. Saya sendiri sudah menanamnya sekitar beberapa tahun yang lepas. Ini adalah tanaman kali kedua.

Saya cuma menyedari bunga ini berputik semasa sedang menangkap gambar rama-rama. Memang saya letakkan ditempat tersorok agar terlindung dari pandangan Che Kam.

Putiknya agak kehijauan. Pada waktu ini hasrat hati begitu kuat untuk dapatkan bunga kelopak bersusun.

Saya tanam kedua2nya berdekatan dengan harapan bila berbunga esuk akan ada dua warna campuran. Namun mungkin tidak akan menjadi kenyataan sebab Che Kam sudah mulai meratah telang biru sampai botak.

Bunga pertama layu bunga kedua pula menyusul.

 Susunan kelopak bunga kedua lebih nampak padat dan cantik dari bunga pertama. Masih ada beberapa pokok lagi yang dalam proses tumbesaran. Mungkin salah satu dari pokok tersebut adalah dari jenis single petal. Saya menunggu keputusannya..







Sunday, 15 June 2014

Weekend Clearence Stock!

Simpanan gambar baru dan lama cukup banyak di dalam folder. Saya pula tidak rajin untuk post entry setiap hari walaupun mempunyai banyak cerita untuk di kongsi bersama. Tetapi saya suka mengambil gambar namun sayang untuk melupuskan lebihan yang ada.  Itu yang masalah. Jadi saya fikir, setiap hujung minggu eluklah di lelong yang mana perlu...


 Rasa bebas...

Satu waktu dulu di sudut pagar.

Dari Diana...berkembang sudah..


Penampilan pertama..

Tidak kisah walau sendirian..

Wangi dan comel..

 Selalu berlagak diva..

Mengintai di luar sana..

Wajah bersih semasa masih budak. Suci murni...

 
 Yang paling saya suka. Renungan manja sewaktu awal penglibatan dalam pemodelan.
  
Sehidup Semati.....

Yang harum semerbak..

 Tetap cantik walau menumpang

 Di hamparan permaidani hijau..

Kembang sempurna..

Aha, this is mine...


















Friday, 13 June 2014

What ? Bronok...?


 Apa tu? Bunga baru ke? Benda, binatang...? Boleh makan ke.. ? 
 Bronok...satu nama yang pelik tapi bila di sebut berulang kali kedengaran catchy pula. bronok...bronok..bronok...
Aha, hari ini tiada cerita bunga kerana hujan berpanjangan. Semuanya kuyup. Cuaca di Langkawi tidak berapa eluk minggu ini. Semalam angin cukup kuat. Bangun pagi tengok, pokok-pokok saya banyak yang terbalik dan ada yang patah ranting. Mungkin eluk sesekali saya lari tajuk dan paparkan kisah lain yang menarik sebagai selingan. Ready? Ok, let's start..
  
Pertama kali kenal 25 tahun yang lalu. Mengandung anak sulung. Seorang kawan berikan sedikit untuk saya rasa. Waktu itu saya tidak tahu bagaimana rupanya sebab telah bercampur aduk dengan ramuan lain. Rasanya ketuk! ketuk! dalam mulut bila di kunyah. Hishh..sikit tak sedap! Apa yang fobia sangat orang Langkawi dengan binatang ni? Pantang jumpa mesti nak di kerabukan...

 Bila masa berlalu saya mula dapat menerima bronok seadanya. Tiada keasingan lagi. Pertengahan February lalu saya bersama kawan-kawan baik berpakat untuk mencarinya sendiri sebab waktu itu musim 'bronok naik' di langkawi. Kami ke pantai yang jauh dari rumah. Sampai disana..terbantut hajat dihati.
  
Air pasang. Rupa2nya untuk mengambil beronok mesti turun ke laut. Bukan semudah megoreknya di tepi pantai. Boleh lihat dalam gambar, yang sayup kelihatan itu adalah antara kelompok orang ramai yang menyelam 'menggagau' bronok di dalam selut laut.

Waktu itu ada sekumpulan pelajar asrama dan ustaz mereka, mencari bronok dan menjualnya dengan harga sebungkus RM3.00. Kami mengambil keputusan membeli saja dari penat kebasahan mengharungi selut jauh ketengah. OK,  mari saya kenalkan dia kepada kawan-kawan. Tutup mata...

Aa..buka! Hah, inilah bronok. Macamana, biasa tengok..biasa makan? Jangan eeiiiii...ya.  Entahlah apa yang semua rasa bila melihat bronok ini. Macam saya dulu, pertama kali tengok...oh, semestinya terkejut sangat dan geli amat.

 Benda ni yang aku makan...eeiiii.... dan sampai ke hari ini secara jujur dia bukanlah favourite saya. Not my taste tapi bila ada depan mata saya tetap makan.

Bronok atau nama saintifiknya Acaudina Molpadioides ialah sejenis hidupan laut yang seakan gamat. Banyak terdapat di perairan laut yang berselut. Berbentuk lonjong dan berwarna putih kemerahan. Di makan mentah. Di Langkawi ianya terkenal sebagai satu makanan eksotik yang cukup di sukai oleh penduduk tempatan. Biasanya di buat kerabu dan juga selalu menjadi menu istimewa pada majlis kenduri maupun di rumah.

Untuk awal penyediaan, terlebih dahulu kedua hujung badannya di potong dan bahagian tengahnya di belah. Cuma ada air dan selut sahaja didalam kelonsong lutsinar ini. Teksturnya kenyal dan rasanya masin. Saya lihat ada orang makan mentah begitu saja sewaktu ditepi pantai.

Bronok yang dibersihkan tidak boleh direndam air sebab dia mudah mencair. Biasanya bronok akan dipotong kecil-kecil lalu digaul bersama ramuan ulaman segar seperti pucuk janggus atau pegaga. Boleh juga di sediakan bersama mempelam tua yang kekuningan. Sedap? Haruslah dinilai dari rasa tekak masing-masing. Bagaimana,  adakah pembaca semua berani mencubanya. Kalau berani...Ok..datanglah, let's bronok di Langkawi!




 

Sunday, 8 June 2014

Meneras di Homestay


Tiga hari berturut-turut saya membersih rumput di kawasan homestay.  Penat juga sorang--sorang menyangkul rumpun-rumpun lalang yang menyubur semula. Ruang masih banyak, saya ingat nak berkebun sayur di situ. Kalau ada orang bantu tentu seronok, apapun mujur ada si berdua tu meneman tidaklah ke seorangan..

Waktu pagi  dua ekor anak kucing liar masuk taman bermain dan makan rumput. Saya memang suka tengok tapi Kastih nampak gaya tidak menyukai kehadiran mereka disitu. Cepat-cepat dia mengusir pergi.

Sebahagian ruang hadapan telah di tanam bendi dan bayam. Bendi musim ketiga  lebih subur dari yang musim kemarau dulu. Dah boleh makan buah.

Bayam merah begitu menjadi tetapi serangan serengga telah mencacatkan daunnya. Begitu juga dengan pokok kacang panjang dan petola ( musim kedua ) di pagar belakang.
  
Masih di pagar belakang, kacang kelisa asyik gila daun. Apa perlu dibuat jika tidak produktif ?

Yes,  ini jawapannya. Saya tebang dan bakar bersih. Di bawah daunnya yang rimbun tersembunyi pokok cili padi yang sudah berbuah. Lihat cuma ada tiga biji saja buah yang ada. Campur dua biji saya ambil makan, jadi sekerat tahun cuma lima biji saja yang saya dapat. Sungguh tidak berbaloi.
  
Hasil terakhir lobak putih ( Ini saya tuai bulan lepas ).  Kotaknya saya buat semaian tomato ceri, cili, terung dan carrot. Sedang pesat tumbuh.

Di ruang hadapan bunga matahari sudah mulai.mengering. Separuh pokoknya sudah di cabut tapi anak-anak belalang kuning seperti biasa, masih tetap mahu berehat di belakang  bunga.  

Ada yang ceria berbunga. Jalang Kampung ( periwinkle ) putih pemberian Diana. Juga mini portulaca.

Waktu matahari mulai terik  rama-rama banyak keluar berterbangan. Kaspin begitu teruja. Ini menganggu 'pengambaran' saya...

Berbunga di celah pokok dan rumput. Tumbuh sendiri. Mungkin benih hanyut bersama air hujan.

Semasa merumput saya perasan ada dua kuntum portulaca kuning berjambul ber color putih. Saya asingkan di pasu. Nak tengok nanti bunga seterusnya keluar serupa tak.
  
 Menjelang tengahari Kastih sudah mengantuk. Tidak peduli apa yang ada di atas kepala. Baru lah senang saya nak snap..

Wednesday, 4 June 2014

My Torenia Fournieri - Bunga Loceng

Torenia Fournieri atau Wishbone flower tapi saya mengenalinya sebagai bunga loceng.  Bunga yang kelihatan sangat comel  dan ceria  dengan berbagai warna. Mudah di tanam dan cepat berbunga.  Di laman saya torenia tidak pernah tidak ada kerana bunga ini antara yang wajib sebagai penyeri.

Tahun ini untuk musim ke empat. Saya atur pokoknya di sisi lorong masuk ke rumah


Sudah tidak boleh tanam diluar macam dulu. Banyak bahaya menanti.
  
Antara warna yang ada. Masih ada dua lagi warna yan belum muncul.

Ini Torenia musim pertama.  Benih hanyut dari kejiranan tumbuh bersama pokok tomato ceri saya. Warna biru  ini telah lenyap  dari simpanan sampai ke hari ini.

Saya suka torenia di musim kedua. Sangat subur dan meriah sebab saya tanam di atas tanah di depan homestay. Waktu ini Che Kam ada beberapa ekor sahaja dan  belum pandai makan torenia.

Balik kerja pergi kerja bunga inilah yang pertama menyambut pandangan mata  saya

Kecantikkan ini juga telah mengundang ramai peminat berpusu untuk mendapatkan  si comel ini. 
Bahkan ada orang yang tidak tanam bunga sekali pun turut teruja melihatnya.
  
Musim ketiga. Ketika ini musim panas dan kambing sudah gila makan pokok. Untuk melindunginya di ruang dalam yang  sempit,  saya mengambil keputusan untuk tanam dalam pasu gantung setelah terlihat gambarnya yang tertera cantik begitu.  Saya pun tirulah  tapi tidak menjadi pun sepertimana didalam gambar. Rantingnya tidak mengurai kebawah sebaliknya menegak juga ke atas. 

 Rupa2nya untuk jadi rimbun dia harus di trim pada waktu muda dan diletakkan dibawah matahari penuh. Setelah enam bulan berlalu, torenia musim ketiga yang saya letak di luar pagar masih subur berbunga. Dengan bantuan Che Kam yang meratah pokok ini, ia merendang begini.

Sudah tidak ada tempat untuk digantung jadi saya tempatkan dia di bawah saja.


  Apapun, torenia eluk ditanam dalam berkelompok barulah bunganya nampak ceria dan meriah.