Sunday, 18 May 2014

Ati-Ati - Coleus

Pokok Ati-Ati mempunyai tarikan dari segi corak dan kombinasi warna yang amat memikat. Mengenalinya dari zaman budak-budak, Ati-Ati terus berkembang dan bertahan dalam kelompoknya yang tersendiri. Saya mula mengumpul koleksinya dari sekitar awal tahun lepas. Petang tadi bila mengambil gambar baru saya sedar koleksi Ati-Ati saya rupanya sudah menghampiri angka dua puluh. Saya ingat cuma ada sepuluh jenis sahaja. Tapi kalaulah tidak kerana Che Kam telah meratah habis corak baru yang saya beli dari Berseri, Perlis awal tahun ini kemungkinan besar Ati-Ati saya telah mencapai ke angka itu. Ok,  jom enjoy kecantikannya!

 








  








24 comments:

  1. Subhanallah cantik dan unik sungguh ciptaanNYA.. koleksi puan ke nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, semuanya dari koleksi kak Mala. kak sendiri pun dah tak perasan ada banyak ni sebab tanam merata pasu dan tanah sebelah.

      Delete
  2. ati-ati mmg lawa,,, n 2nd last pic tu tk penah tgk la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak jenis lagi Ana. Yang kak beli kat Perlis tu lagi cantik2 dan tak pernah tengok. Tapi Che Kam dah baham habis.

      Delete
  3. Cantiknya kak, yg kakak bg kat Julie hari tu pun dh menjadi dgn suburnya, nnti Julie email gambar kat kakak ye, & nanti kalo ada jenis yg kakak x Julie akan sharekan dgn kakak...:)

    ReplyDelete
  4. bila menjengah ke kebun akak kan mata mesti jadi terang sebab pokok-pokok akak semua colourful. semoga terus subur. pokok ati-ati ni boleh semai dengan cutting kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang semai dengan cutting. Senang sangat tumbuh. Kak pernah beli biji benih kat pasaraya. Saja nak cuba sebab tak tahu pun yang Ati-Ati ni ada biji benih tapi tak tumbuh pun.

      Delete
  5. I've only one type of coleus. You have an amazing collection!

    ReplyDelete
  6. I'm still hunting for a new variety.

    ReplyDelete
  7. Ada satu ketika teringat zaman kanak-kanak di kawasan kampung masa raya ramai ada pokok ati-ati.
    Tetapi tak delah macam sekarang warnanya lebih colourful.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Diana, zaman kak budak2 dulu pun, ati2 ni cuma ada beberapa jenis saja. Dulu2 color dia masam2 sikit. Sekarang banyak yang ceria.

      Delete
  8. Masa kakak ada bibik dulu kakak pun ada koleksi ati-ati. tapi sebab dia cepat besar dan jadi tua itu yg malas dah kakak lalu tukar koleksi pokok puding kekal hingga kini.

    Ati-ati kena rajin tanam balik bila dah banyak bunga. Akar pun cepat penuh dlm pasu. Kalau kawasan luas memang cantik kan. Sedap mata memandang warna-warninya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Zakie, pokok ni kita kena rajin tanam semula. Kalau biarkan dia kekal begitu tidak cantik. Pokok jadi kurus daun pun ikut pudar warna.

      Delete
  9. Saya pernah mengkoleksi coleus sampai lebih dari 25 macam, tapi sayang mealy bug menghancurkan semuanya. Sungguh sedih bila mengingatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya,Endah. mealy bug pun ada di Ati-Ati saya juga. Penat juga nak menghapuskannya. Kena belek daun satu persatu.

      Delete
  10. Saya tanam dari pucuk yg tercicir dek tukang kebun... secoet je saiznya .. mahu dia hidup tapi tak.meriah macam akak punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul hujung pucuk dia pun boleh tumbuh, Kak yang meriah tu sebab terlampau banyak, merata ceruk kak cucuk. Sayang nak buang ..

      Delete
  11. Assalamualaikum...akak mala
    Saya suka tngok ati2 akak...kalau saya nak beli keratan nya akak jual tak?

    ReplyDelete
  12. ya saya juge punye bunga ati ati....krna saya hobi mnanam bunga.bnga ati saya klw tak slh belasan gtu


    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sudah mati dan pupus popok2 ini Keywian. Sudah 3 tahun lebih.

      Delete
  13. Assalam, pokok ati-ati cepat kering ke? Kena sentiasa alih ke pasu baru?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Bila pokok tinggi dan mula berbunga Zara blh cantas bahagian atas yg berpucuk tanam semula.

      Delete