Sunday, 19 April 2020

Abu & Kaspin

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Kali ini nak bercerita pasal depa berdua ni. Memandangkan mereka juga merupakan sebahagian ahli keluarga jadi apa saja yang berkaitan harus simpan disini sebagai kenangan dan rujukkan.

Setelah mengalami beberapa siri kematian kini yang tinggal cuma Abu dan Kaspin sahaja.

Abu kini berumur dua tahun. Setelah Kaspin bersara dia lah pula yang menemani saya setiap kali ke kebun. Ini gambar tahun lepas.

Dah besar pun sekarang. Masih lagi suka memanjat. Tak sunyi sangat bila berkebun sambil melihat perangai nakalnya.

Pun begitu bukanlah mudah untuk si Abu mendapat  perhatian dari Kaspin.  Hampir setahun setelah kematian anaknya barulah Kaspin menerima Abu mengikut moodnya.

Saya bersyukur kerana dikurniakan hati yang sayang dan belas pada  binatang comel, cerdik dan setia ini. 

Sungguh telatah mereka cukup buatkan kita happy dan ketawa. Ni selepas makan tengahari. Pandai cari bilik ada aircond untuk berehat.

Kadang masuk dalam bilik air untuk sejukkan badan.

Bagi saya fitrah mereka adalah tanggungjawab kita. Selain membela dan memberi makan mereka juga berhak mendapat kasih sayang dan perhatian.

Walau menatang bagai minyak yang penuh tetap kena marah bila buat silap. 

Antara gambar yang saya suka. Pagi yang lewat. Kaspin kena marah sebab gigit dan tarik rambut saya. Cara dia kejutkan saya bila lambat sarapan. Tengok muka depa berdua yang monyok... Kaspin menjeling ja...hahaha...


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!








Monday, 23 March 2020

Stay At Home

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat bloggers. 
Cuaca ditempat saya masih panas walau hujan sudah turun sekali dua. Tambahan minggu ini bermulanya arahan duduk dirumah. Tidak ada masalah besar bagi saya kerana saya ni homely type. Tak sempat pun nak boring atau sakit kepala....

Termasuklah mereka berdua ini. Relax ja kerja...
 Minggu ni tak ada pembelian panik. Kecuali barangan basah, stok barangan kering yang di beli sebulan sekali pun masih mencukupi.

Sayuran pun saya kutip apa yang ada di kebun. 

...atau dibelakang rumah..

Hasil kebun dapur tidak pernah mungkir...

Rajin tanam mesti dapat hasil...

...dan sangat-sangat membantu pada waktu-waktu begini..

Kalau ada lebih kongsilah dengan jiran....

Jangan kedekut....berlajarlah berkongsi sebab bila dalam gawat orang akan lebih menghargai.

Roti sehari sebelum expired. Kalau dulu buang  saja tapi dalam musibah ini ramai chef  tak bertauliah berkongsi resepi di fb. Jadi....inilah hasilnya makan petang kelmarin.


 Semuga semua kita dapat mematuhi arahan dan jaga kebersihan. Covid-19 ada dimana-mana. Berdoalah semuga negara kita kembali pulih seperti sediakala.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!



Friday, 6 March 2020

Murunggai/Moringa

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Berita baik....hujan sudah turun lebat di sini hari ini setelah hampir tiga bulan bermusim kemarau. 
Alhamdulillah....

Lega rasa...sekurang-kurangnya dapat menyejukkan bumi dan meneutralkan udara persekitaran. Katak pun turut happy..onggg...anggg...

Sepanjang musim panas yang lalu kebun saya jadi terang dan bebas rumput. Seronok sangat berkebun time begini. Kurang serangan serangga dan juga penyakit.

Ini mendorong  saya membeli  top soil dengan harga 100rm selori. Puas hati  dapat tanah gembur begini. Tengok siapa teman saya....

Mestilah anak dara gebus ni... Penat angkut tanah pun tak terasa kalau yang tersayang setia menunggu gini...

 Walaupun cuaca sangat ekstrim tapi pokok dikebun tetap subur. Pokok murunggai berbuah lebat kali ini. Murunggai ni banyak khasiatnya. Pucuk, buah dan bijinya semua mempunyai nilai perubatan herba tersendiri.

Sesetengah orang tak makan sebab dikatakan berangin badan. Saya feveret buah ni. Boleh juga dimasak cili, goreng tepung, masak lemak dan ada yang buat kurma pun.

Ini kutipan ketiga dan terbanyak. Dua kali sebelum ini saya buat kari untuk dimakan ramai-ramai bersama kawan-kawan.

Yang terakhir ni pun buat kari dengan udang juga khas untuk jamuan kenduri  tahlil kawan baik di kejiranan. Tak sangka rupanya ramai peminat. Puas hati boleh jamu ramai orang. Mmm...setakat ini dulu cerita kebun. Nanti kita share  lagi.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging &  happy gardening!





Sunday, 2 February 2020

Happy 2020.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan bloggers.
Happy 2020. Agak terlambat wish tahun ni. Sibukkk.....

Sudah tentu dua beradik ni duduk di carta pertama. Mak dia sibuk berniaga sepanjang cuti sekolah sampai lepas raya Cina.

Juga sibuk dengan kenduri kendara sanak saudara, jiran tetangga  dan rakan-rakan sekolah. Makan saja
sepanjang December dan Januari ini.

Tapi kenduri rakan sekolah lah yang paling best. Teruja sangat dapat berkumpul dan bertemu semula. Hampir 40 tahun lebih berpisah. Kawan lelaki kebanyakkan dah beruban..😁

Yang perempuan masih kelihatan maintain wajahnya. Cuma ada la kedut sana sini sikit...biasa la kan...Satu saja agak ralat. Ramai terlupa pada wajah saya. Sedangkan saya masih ingat mereka semua....mmmm...beza sangat ke aku ni...

Dalam sibuk kenduri kita pun kalut merai tetamu yang bertandang. Harus bawa pusing pulau....

......dan makan-makan sambil menikmati matahari terbenam.

Dalam waktu yang sama  saya giat menanam di kebun. Musim panas adalah musim terbaik untuk menanam sayuran. Kurang serangan serangga dan penyakit.

Musim panas juga musim untuk menikmati limpahan bunga yang berkembangan. Jadi kena sibuk sikit menyiram.

Walaupun saya memberi alasan sibuk tapi tidak pula dengan dua ekor ni...boleh relax dimana saja depa suka tanpa rasa bersalah.

Mmm...akhir sekali ceritanya bukan yang di atas tapi sudah tentu dengan corona virus dari pelancong Wuhan. Walaupun ada kes tapi kami tetap tenang-tenang disini.  Belum ada penduduk tempatan yang dijangkiti. Semua aktiviti berjalan seperti biasa kecuali banyak yang memakai topeng muka sebagai langkah keselamatan. Harap semuanya berada dalam lindungan Allah SWT dan Langkawi  segera bebas sepenuhnya dari virus tersebut. Aamiin.

OK kawan-kawan. Please take care. Happy blogging & happy gardening.




Friday, 27 December 2019

Ziarah Kasih (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan bloggers. Hari ini kita sudah berada di Jumaat terakhir untuk tahun 2019. Pejam celik sudah sampai ke penghujung tahun. Banyak suka duka bertandang dan berlalu. Banyak juga cerita
yang terbenam belum sempat di kongsi dan simpan di sini. Tak tahu siapa yang mengejar siapa. Samada saya atau masa. Berjalan berlari tapi tetap tak sampai di garisan penamat.

OK sebelum meneruskan cerita, ini saja gambar yang mampu dirakam dihalaman rumah saya sekitar jam dua petang tadi. Gerhana matahari yang fenomenanya cuma akan kita jumpa semula 20 tahun akan datang. Saya tidak pernah ingat sebelum ini, tapi hari ini pertama kali dalam hidup saya berasa sangat nyamanya berada dibawah pancaran matahari terik tapi tidak terasa langsung bahangnya. Subhanallah.

OK berbalik pada cerita. Saya pernah berkata di sini dulu, ingin menziarah kasih kawan-kawan lama saya. Kawan-kawan arwah ibu dan bapa juga kampung halaman semasa saya kecil. Bukan jauh sangat tapi keterbatasan masa melambatkan hajat. Akhirnya   saya berjaya juga menapak di kampung kelahiran. Perkara pertama yang buat saya terpegun.  Barisan pokok  itu... So amazing!  pokok pelam telor yang sering kami curi buahnya masih tesergam di situ. Masih utuh berdiri menjadi sempadan.
Banyak kenangan lama berlegar disekelilingnya. Buat saya terus tersenyum dan ketawa....

Rumah pemilik pokok pelam. Telah berubah rupa tapi anjungnya masih serupa. Satu waktu dulu pernah menjadi rumah dan laman tercantik di kampung. Hanya orang tertentu saja yang boleh datang dan berjalan melalui tanahnya yang dipagari kawad berduri. Sudah tentu tidak untuk saya dan sesetengah keluarga lainnya. 

Namun waktu itu tidak pernah saya lupa pada seorang gadis  yang menghuni di rumah tersebut. Dia ibarat sebutir permata yang bercahaya. Sangat suka melayan bebudak. Pernah curi-curi suapkan saya nasi di celah pagar. Maklumlah zaman budak dulu perut sentiasa lapar. Dan dia masih setia dirumah itu...... 

Bersempadan dengan tanah tuan pokok pelam ialah  tanah tuan rumah yang kami tumpang. Rumah keluarga saya dibelakang rumah-rumah ini. Zaman itu ada barisan pokok jambu batu berbaris di antara dua buah rumah ini. Masa itulah sekitar tahun 69 atau 70an saya pertama kali melihat Dr Mahathir datang merawat pesakit. Ramai jiran datang untuk merai. Saya ingat saya terpaksa memanjat pokok jambu bersama budak lelaki lain semata-mata untuk melihat Tun dari dekat melalui jendela yang terbuka luas. Dia tersenyum manis memandang kami. Ohhh.. segaknya Tun waktu itu. Kelihatan lembut dan sopan.

Ini pula rumah tuan tanah kami. Sangat daif sepi tiada penghuni. Jatuh juga air mata tatkala merakam gambar. Macam nampak-nampak saya dan anak tuan rumah berlarian bermain masak-masak di atas beranda.

Kini cuma tinggal sisa tangga batu dari sebahagian beranda kayu yang lama sudah roboh.

Saya juga jumpa sebiji  pelapik batu beranda kayu di situ.  Menurut anak bongsu tuan tanah tinggal dia seorang saja yang masih hidup. Kakak dan dua abangnya sudah meninggal. Sayu dan terharu dengar. Dulu dialah kawan lelaki  sepermainan saya. Kami sebaya. Setelah hampir 40 tahun berpisah akhirnya kami bertemu semula dengan penuh keterujaan di majlis perkahwinan anak saudara saya pada bulan September lepas.

 Lawatan sehari tidak mungkin melengkapkan hajat yang tersimpan sekian lama. Masih ramai lagi rakan taulan yang belum saya temui. Semoga saya masih punya waktu dan tidak terlambat. Saya berdoa moga hasrat saya dimakbulkan   In sha Allah.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

Wednesday, 18 December 2019

Bundle

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Sedar tak sedar kita sudah sampai ke penghujung tahun ya. Mmm...sekejab saja masa berlalu.
Hari ini nak bercerita pasal bundle. Ada tak kawan di sini peminat pakaian atau barangan terpakai ni? 

Saya adalah peminatnya. Tak kisah apa benda. Asal berkenan saya akan beli. Mesti lah kerana harganya yang murah dan kebanyakkan asal dari luar. Sesuatu yang sukar kita dapatkan di sini. Kalau ada pun harganya  tersangat mahal.

Macam alas meja crochet ni....jumpa terus ja beli. Memang suka sangat kait jenis ini. Kalau sesiapa yang berminat boleh tengok di fb Liscrochet bundle ya. Huish....rambang mata. Macam-macam kain hiasan ada.

Tak malu cakap sekitar  tahun 2008 dulu saya memakai baju bundle ke pejabat. Ada satu tahun tu saya beli baju raya bundle untuk dua orang anak. Tak habis 15rm pun. Sehelai seringgit. Pilih sampai lebam. 
Bukan tak ada duit tapi pakaian disitu tersangat cantik dan moden. ( Kedai tersebut di kampung saya  ) Semuanya dari Jepun dan Korea. Masa tu rasanya satu Malaysia turun kesitu untuk membeli termasuk para peniaga. Band boy pun ada beli. Datin pun ada......

Tapi sekarang pakaian di kedai tersebut sudah tidak semewah dan cantik seperti dahulu setelah bossnya bertukar tangan. Harga pun sudah naik dan mengikut item. Kira kilo bukan helaian. 

Membeli di sini kena berhati dan pandai memilih. Untung dapat yang baru atau reject kilang. Kadang yang branded pun ada. 

Apa pun saya selesa membeli bundle yang sudah dicuci dan distril. Sekarang ni saya lebih suka membeli hiasan alas meja dan perabot. Baju-bajuan dah tak sesuai untuk makcik...

Agak malang....dari dulu sampai la belum terjumpa pokok bunga bundle atau second hand. Pasu reject ada la jual... Kalau la ada. Saya lah orang yang paling bahagia dalam dunia....


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!