Thursday, 28 November 2013

Menghitung Hari...

Begitulah ayatnya...tidak sabar rasanya nak melihat bunga-bunga baru ini berkembang. Tidak kira waktu, asal lalu saja saya pasti akan singgah tengok putik-putik bunga yang mulai keluar dan membesar ...bila la nak kembang....



Ini bunga morning glory  ( Ipomoea ) saya beli dari Kebun Bahagia Bersama dan  Seedsandothers. Dah sebulan lebih tanam. Sudah mulai keluar putik bunga.

Sudah bertahun saya mendidik pokok rose ini. Tak sempat membesar asyik diragut kambing-kambing durjana. Ini semai kali kedua. Bunga rose ini bunga favourite arwah mak. Saya ambil dikampung. Kalau pokoknya subur bunganya berbelas kuntum satu jambak. Jenis menjalar batangnya. Macam English roses.

Angelonia warna purple. Beli dari nursery Lee bulan lepas.

Tuesday, 26 November 2013

Langkawi Nursery - 5 & 6

Model tangan...Cik Fuziah sedang posing sakan dengan bunga percuma yang tidak tahu apa namanya

Nursery ini terletak di Jalan Bukit Hantu. Simpang ke Ulu Melaka. Terletak di pinggir jalan. Senang cari dan nampak. Dari dulu saya kerap kesini beli pasu. Banyak pasu reject yang di jual dengan harga yang murah. Pemiliknya pun amat pemurah. Tidak lokek memberi percuma sesetengah pokok yang ditanam. Satu ketika dulu banyak pokok2 bunga di jual disini, tapi sekarang tidak lagi. Cuma pasu-pasu saja yang masih kekal ada. Saya berkenan dengan pokok bunga jenis serombong kuning seperti gambar di atas. Malangnya pokok semaian yang  ada cuma sepasu saja dan tidak berapa cantik. Si suami yang baik hati terus mengerat beberapa batang dari pokok induk dan memberi percuma kepada kami. Suka laa.....bunga free!


Gambar ini di ambil di satu lagi nursery di Perana. Nama nursery ini - Zon Pasu - juga terletak di pinggir jalan. Banyak pasu-pasu dan tanah semaian di jual di sini. Antaranya tanah 4 peket RM10 dan 3 peket RM10. Che Wa dan Fuziah beli pasu kecil 4 biji RM10.00. Saya..? tidak beli apa-apa. Tinjau-tinjau kawasan saja. Ada satu dua jenis saja pokok bunga yang di jual disini. Pilihan lebih banyak kepada pasu.

Monday, 25 November 2013

Langkawi Nursery - 4

Nursery ini namanya Island..something lah.Lupa pula. Terletak di jalan Lubuk Semilang. Singgah disitu dalam perjalanan pulang ke rumah. Kawan pejabat selalu cakap bunga-bunga disini agak murah dari tempat lain tapi saya tidak pernah pun kesitu.
Banyak petunia tergantung. Ada warna yang macam saya beli. Berapa satu dik?  Hah! RM14 satu? murahnyaaaa......hahahaaa...Fuziah dan Wawa ketawakan saya. Rugi lah...tadi dah beli pun satu...lepas tu mulala .....eh, pasal apa tadi tak datang sini dulu haa?...
Memang pokok semaian di sini jauh lebih murah sekali ganda walaupun begitu pilihan pokok semaian tidaklah banyak. Juga ada jual pasu. Wawa beli pasu 3 biji RM10.00. Fuziah beli pokok paku RM10.00 satu. Saya dan Wawa beli sebelum ini di nursery lain satu RM15.00.
Saya..? Agak frust pasal petunia, disini memang jauh lebih murah. Ada pokok elephant creeper ( argyreia nervosa ) RM3.00 satu. Saya dan Wawa beli. Dulu berlambak kat rumah, bila semak sangat buang. Sekarang rasa nak tanam balik la pula..





Pokok yang tidak tahu nama dan first time tengok.






Sunday, 24 November 2013

Markisa Kak Roha




Program hari ini mengetut pokok belimbing buluh warna kuning di rumah  Roha Kampung Kuah. Bermula 10.30 pagi saya dan Wawa pun memulakan rancangan kami. Mesra dengan panggilan Kak Roha, beliau adalah seorang pengusaha makanan yang gigih di Langkawi. Kebetulan dulu Wawa menyewa rumah dan berjiran baik dengan Roha. Kawasan rumah sewanya begitu luas dan Roha juga meminati tumbuhan tetapi dek kerana sibuk dia tidak sempat menguruskan tanamanya. Namun mata saya melekat pada satu pokok saja dalam sebanyak-banyak koleksi pokok yang dia ada. Markisa...memang minat habis buah ini tapi markisa tidak mesra dengan saya. Dua kali beli, hidup segan mati tidak mahu. Guna biji benih pula duk terbantut sebesar tu juga. Last-last ketali gantung lah dia...

merata ceruk kawasan rumahnya bergantung buah markisa...gerammmm..

Petunia Oh Petunia..!

Program siang tadi ialah membeli pasu bunga dan nak melihat nursery yang jual petunia di Kedawang. Tapi seperti biasa kami bertiga akan membeli lebih dari apa yang di rancang. Singgahan pertama di nursery dekat Mata Ayer. Banyak pokok bunga di situ. Juga pasu-pasu. Mata ni meliar tengok pokok petunia yang kebanyakkan sudah tidak berapa cantik dan segar.  Berapa harga...? Pelayan berbangsa Siam jawab selamba saja ' ...satu pasu RM30.00...' Ha? mak datuk....ma@@## nya  harga ko...Che Wa beli pasu kecil. 4 biji RM10.00. Lupa pula nak ambil gambar pokok2 disitu.
Kemudian sampai di nursery ( rumah saja ) Kedawang. Cantik juga bunga2 petunia dia. Lebih segar dan meriah warnaya. Saya beli satu yang warna purple. Tawar-tawar dari RM27 dapatlah RM22 sepasu....ambil saja la. Dah berkenan....




Monday, 18 November 2013

Again...My Green Leaf

Hijau...hijau...hijau....memang saya tidak dapat lari dari warna tersebut dan  itu adalah my favourite color. Sebab itu pokok2 berdaun hijau lebih mendominasi laman  saya berbanding dengan pokok berbunga. Jom lihat sebahagian lagi pokok hijau saya.