Ini pokok mempelam Sala saya. Tanam depan rumah, luar pagar. Pokok ini di semai dari biji. Hampir 4 tahun tanam, pokok mula mengeluarkan bunga dan buah. Punya la seronok tengok buah yang bergantung-gantung. Lagi sekali pokok saya menjuarai carta kawasan. Pelam yang pertama dihasilkan. Meriah lagi depan rumah. Siang malam garam belacan. saya tidak ada pantang larang kalau nak petik buah, cuma lebih suka kalau buah itu di makan bila cukup masak. Baru lah terasa nikmatnya. Berbeza dengan geng2 saya mereka lebih suka makan pelam muda atau tua. Saya? sori la..masam2 tak layan lansung. Pelam ini juga saya sedekah merata tempat. Gambar ini diambil sekitar awal 2012. Posing masa balik kerja. Paksa che abang ambil gambar.
Inilah rupa buah sulung mempelam sala saya.Saya peram dalam masa 4 hari kulit sudah kuning keseluruhan. Punya la manis. Tekstur isinya pun halus dan lembut. Tak rasa macam pelam sala pun. Saya beranggapan, buahnya jadi manis begitu sebab dia berkongsi ruang tanam yang sempit dengan sepokok lagi mempelam jenis Cok anan. Sayang tak ingat nak ambil gambar juga. 3 tahun tanam sudah berbuah. Saya beli di Mardi semasa hendak berpindah ke sini. Sepokok RM4.00. Cuma beberapa biji saja keluar. Selepas itu tidak pernah berbuah lagi. Pokok pun saya sudah tebang bulan lepas. Minat nak tanam nangka madu la pula. Pokok dah beli, 2 bulan sudah dok standby...
No comments:
Post a Comment