Monday, 4 November 2013

Cerita Hari Ahad - Akar Dani dan Si Penyibuk...

Ini bunga Akar Dani. Memang saya suka dengan pokok ini. Cuma segan nak tanam sebab ruang yang terhad. Tapi sejak akhir2 ni perasaan suka pada bunga ni membuak-buak pula. Dua minggu lepas semasa pergi makan tengahari di Bihun Sup Corner Penarak ( gerai makan kawan baik dan kedai favourite my hubby ) saya menyuruh suami mengerat beberapa batang pokok ini. Malangnya  cuma satu yang bertunas. Petang ini balik dari hospital ( Cek my hubby. Semalam waktu tidur tiba2 dia rasa berpusing )
kami singgah makan ais kacang pula. Saya terus ambil gambar dan kerat lagi beberapa batang.


Semaian keratan batang yang terdahulu. Cuma sebatang saja yang bertunas..



Petang ini saya sibuk mengubah pokok yang di beli kedalam pasu. Tengoklah se ekor ini. Dia pun menyibuk juga..boleh mai selamba baring kat tempat orang buat kerja. Habis kotor bulu dengan tanah....



Eh...marah pula dia.., tak suka lah tu dah kena tegur.

No comments:

Post a Comment