Tuesday, 5 November 2013

Mata jin - The Great Destroyer

Saya tidak tahu nama sebenar siput pemusnah ini. Kawan bagitau - Siput Mata Jin. Mungkin juga sebab bentuknya yang bulat. Saiz yang paling besar saya pernah lihat dibelakang rumah ialah sebesar siling lima puluh sen. Saya memang tak bagi chan punya. Kedekuk dengan batu. Fizikal nampak cute tapi sebenarnya ia cukup 'ganas' . Kalau tidak masakan pokok petunia yang berbelas tahun dalam koleksi saya boleh pupus begitu saja. Kerana siput2 ini lah. Sampai sekarang belum saya temui lagi petunia yang tahan lasak begitu. Saya panggil petunia kampung. Yang ada semuanya jenis hybrid dan manja. Tak tahan panas dan hujan.
Siput2 ini suka memerap pada siang hari dibawah2 batu,pasu atau tempat2 terlindung yang lembab. Aktif pada waktu malam. Anak semaian marygold dan zinnia elegan whirlygig mixed yang di beli dari seedsandothers habis di gondol.


            



Hanya sebatang tergedik-gedik yang selamat. Somebody save me....



                   
Ini di pokok melung saya.



                     
Ini di dalam pasu portulaca. Hampir kesemua pasu pokok portulaca ada siput ini. Majoriti  yang kecil.


Ini yang di kutip dalam 4 pasu saja....

No comments:

Post a Comment