Sunday, 3 November 2013

Langkawi Nursery 3 - Cikgu Li


Sambung kisah semalam. Kat tempat Lee tidak ada pasu. Jadi selepas beli tanah dan pokok saya terus ajak Wawa ke tiga lagi nursery di Jalan Lubuk Antu dan Ulu Melaka. Wawa jadi driver sebab saya buta kenderaan.  Dia pula tidak tahu tempat jadi saya cuma mengarah la masuk jalan mana dan mana.  Ingat sampai mati pun saya kena pakai driver....Saya mencari2, rasa saya ada satu nursery disebelah kanan jalan, tapi dek kerana dah hampir 6 tahun tidak kesitu, dan dah banyak bangunan kiri kanan, saya agak keliru kedudukan yang betul. Cari-cari tau2 dah lepas. Gayanya lain kali pula kesitu. 
Saya nak perkenalkan Wawa kepada satu tempat yang dulunya jual pasu harga murah. Saya banyak beli pasu besar reject. Nursery tersebut dulu banyak juga pokok bunga. Bila sampai..lah,..tutup la pula. Deepavali. Saya jenguk2 kawasan disitu, dah tak ada pokok2 cuma pasu2 ja. Tu pun tak banyak pasu macam dulu.Tak boleh nak panggil nursery lah. 
 Kami balik melalui jalan simpang ke  Air Hangat. Sebelum masuk simpang,  saya lihat2 rumah Pak Chat, nursery pertama yang saya pernah pergi, dah tak ada apa pun didepan tu...cuma nampak pasu besar ja dua tiga biji. ( saya masih ingat belakang rumahnya ada luas tapak semaian. Dulu dia banyak supply pokok ke hotel2 dan jabatan kerajaan ) Kenapa ya, mereka dah tidak berminat ke? Akhirnya kami sampai di nursery Cik gu Li di Belanga Pecah. 


Sebenanya nursery ini berdekatan perumahan kami. Tapi saja pergi ronda yang jauh dulu. Sebelum ni saya dah bawa Wawa kesitu tapi lupa pula nak ambil gambar. Nursery disini lebih kepada pokok2 berdaun. Pokok berbunga tidak ada pun. 6 tahun dulu lebih menarik saya rasa. Sekarang Cik gu Li banyak buat pasu.




Acuan pasu
    Wawa beli 4 biji pasu dan tengok saya beli apa... pokok lada hitam. RM6.00 sepasu. Pokok dia melewar sebab tidak ada kayu penyokong. Tak apa balik nanti saya elukan dia. Teringat pokok lada dirumah sewa dulu...sampai boleh buat lada kering sendiri....





No comments:

Post a Comment