Sunday 17 November 2013

Pasu Dan Bunga

Hari cuti apa program? Mmm...janji dari semalam dengan geng nak pergi beli pasu bunga di Ulu Melaka. Jadi jam 9.30 kami pun bergerak. Banyak juga pasu2 cantik. Rasanya di Langkawi tempat ini saja yang jual pasu agak murah. Sebelum itu, hari Khamis lepas kami ke nursery beli pokok2 baru. Sudah dua kali saya kesitu dan dua kali jugalah saya lupa nak ambil gambar. Saya dan Fuziah beli pokok keladi bunga seorang 2 pasu dan Wawa pula beli pokok Lipstik dan bunga gantung yang tidak tahu apa namanya. Jom jamu mata...


Pokok gantung Wawa beli ini tidak tahu namanya tapi  baunya cukup harum

Keladi bunga pink dan putih. Saya masih tercari bunga oren dan kuning.

Pasu-pasu yang kami beli..

3 comments:

  1. Salam kenal,

    Bunga gantung tu namanya Hoya.

    ReplyDelete
  2. salam. Terima kasih kerana update. Sebenarnya dah jumpa nama dalam internet tapi lupa lagi. Terima kasih ya Rose..

    ReplyDelete
  3. bunga hoya tu hat atas sekali tu ke? boleh direct panas tak?

    ReplyDelete