Tuesday 5 November 2013

Benih Baru Bercambah.

Pagi ini saya melihat-lihat benih semaian pokok bunga yang dibeli on line tempoh hari. Yang paling awal semai pokok morning glory ( Ipomoea ) Wah, benih bunga ni  memang berbaloi beli.Very fast growing. Hari ini semai esuk dah pecah biji. Pokok ni saya order dari Kebun Bahagia Bersama dan seedsandothers. Warna..biarlah rahsia. tungguuu...harap2 membesar dan berbungalah kamu. Bolehlah menunjuk..
Bercerita lebih lanjut, sebenarnya sudah berbelas tahun saya mencari benih ini. Last sekali tanam sekitar pertengahan tahun 90an. Saya beli benih ini di Samudera ( sekarang Billion Langkawi Fair ) RM0.80 sen sepeket. Keluaran Trio. Hidup dan keluar bunga sebiji macam digambar peket. Kali kedua tanam tidak sempat simpan benih sebab kena serang dengan bena putih berbulu. Habis daun jadi kering dan layu. Selepas itu tidak lagi berjumpa benih ini dijual dimana2 sekitar Langkawi. Bila dok surf internet saya riki2 itulah terjumpa blog2 ini. Apa lagi terus order la...





Ini benih bunga Zinnia keluaran Trio beli di Billion. Dah naik harga  ke RM1.80 sepeket. Harga awal tahun ini tak silap RM1.50. Umur semaian 4 hari . Dulu2 dikampung memang banyak tanam pokok ini tapi waktu tu tak tahu apa nama. Kelopak berlapis, kerinting dan single dalam pelbagai warna. Anak benih tumbuh merata dari bunga kering yang gugur. Yang seronoknya pokok ini bila lama2 tanam dia akan keluar warna2 yang diluar jangkaan. Saya pernah dapat warna lime green, orange dan putih dari warna asalnya iaitu merah. Arwah mak cakap dia 'saleh'. Apa pasal dinamakan begitu tidak tahu. Saya rasa ini mungkin dirujuk pada Mat Saleh atau Albino.



Pokok Akar Dani yang saya semai 2 minggu lepas. Semai 6 ranting, bertunas satu saja. Saya ambil di Penarak sebelah kedai Bihun Sup Corner. Budak2 warung tu tanya: Cantik ke bunga dia...? Di mata saya dia teramat cantik. Apalagi saya memang penggemar pokok menjalar (vine ) yang berbunga. Dulu, sempit2 ruang laman saya, boleh lagi saya tanam sky vine putih dan purple. Garlic Vine dan Elephant Creepe. Tapi half of them dah dibuang. Too crowded. Kelmarin saya ambil dan semai lagi. Kalaulah saya ada tanah luas, beratus jenis vine saya nak tanam. Berharap lah..... 

Benih Cornflower Biru free gift dari seedsandothers baru bercambah.




                   Selamat Pagi Sayang.....kembang pukul sepuluh. Semai petang kelmarin.

No comments:

Post a Comment