Pokok jambu madu depan rumah. Saya beli pokok ini dari rumah Timah Din penjual bunga di Pasar Malam. Waktu itu saya baru berpindah ke perumahan ini. Kalau tidak silap nurserynya terletak di Kg Batu Gajah Jalan Air Hangat. Tapi sekarang Timah sudah pencen jual pokok bunga. Masa tercari-cari, saya ternampak satu pokok kurus macam hendak mati. Ada daun cuma dua helai saja. Berapa tanya saya.
'Ambil lah bagi RM3.00 ja kakk..'
Saya dengan senang hati beli kerana memang hajat saya nak tanam pokok jambu air depan rumah. Alhamdulillah, pokok yang saya tanam tumbuh subur.Tiga tahun kemudian ia mula mengeluarkan beberapa butir bunga dan berbuah. Buah sulung. Saya bungkus buahnya. Punyalah besar dan sedap. Warna dia merah hijau gelap. Sebiji macam yang jual di kedai buah. Tapi sayang, saya tidak teringat nak ambil gambar dan simpan.
Ini posing dengan buah sebelum ke tempat kerja ( gambar2 ini diambil pada awal tahun lepas ) Mujur sempat posing sebab bila balik kerja tengok2 buah dah jadi arwah pun.......Waktu gambar ini diambil, buahnya keluar begitu banyak. Saya sayang hendak membuang putik2 dari ranting buah yang lebat. Oleh itu buah saya kali ini jadi tidak begitu besar dan saya juga tidak larat nak membungkus kesemua jambu. Buah terlampau lebat sampai patah ranting.
Buah belum cukup matang. Ready for garam belacan... |
Waktu memungut hasil adalah bahagian yang paling saya sukai. Kembang setaman hati saya melihat buah yang segar bugar di atas pokok. Setiap inci batangnya ada buah.
Atas permintaan yang tinggi, buah2 ini sering di pungut sebelum ranum sebab...biasalah. Geng nak makan garam belacan. Waktu2 begini depan rumah saya macam pesta. Semua orang begitu suka dan teruja bila melihatnya. Saya sedekah satu taman dan merata tempat. kawan, jiran, pejabat, kampung dan walau pada orang yang tidak kenal datang meminta. Banyak juga minta membeli tapi saya tidak ada hati hendak menjual kerana memang niat saya dari awal tanam untuk makan setaman. Saya juga buat tut batang pokoknya. Tut sulung saya bagi pada kawan baik Dah besar pun. Waktu berpindah kesini semua rumah kosong tanpa tanaman. Rumah saya adalah yang pertama hasilnya boleh di makan.
Dek kerana terlampau subur, pokok saya membesar sampai melangkaui bumbung rumah. Yang terkini saya dah suruh menantu tebang sampai keparas bawah. Cuma tinggal sedikit ranting bahagian tepi di tinggalkan untuk menjadi pelindung pokok2 bunga di bawahnya. Buah yang keluar pun sudah tidak terkawal. Banyak yang buruk dan berulat. Penyakit biasa jambu ini. Selepas ini lambat pula la nak boleh merasa buahnya. No garam belacan lah geng...
No comments:
Post a Comment