Sunday, 3 November 2013

Langkawi Nursery 2- Lee

Akhirnya  sampai juga saya ke Nursery Lee.  Jalan Batu Asah sebelum MARDI. Terlupa pula nak tengok apa nama dia letak di papan tanda depan. Wanita yang sudah lama saya kenali ini merupakan seorang pencinta tegar tanaman. Happy sungguh dia dengan kunjungan saya. Agak2 hampir 3 tahun saya tidak kesitu walaupun sesekali kami ada teserempak di market atau di jalanan.  Masa nak masuk tadi,  mata saya dok perembang entrance sebelah kiri kawasan dimana satu waktu dulu dia menempatkan beberapa kolah besar pokok lotus pelbagai warna. Cantik. Memanglah hajat utama saya nak cari pokok lotus. Malangnya kolah2 tersebut semuanya kosong. Dah mati dah kot.... Tak dak harapan saya....



Wajah riang Lee. Dia memang seorang yang cukup simple, ramah dan banyak beri nasihat serta tunjuk ajar kepada saya setiap kali beli bunga baru. macamana itu...macamana ini...memang tak kedekut ilmu lansung. Nursery pertamanya dulu di Taman Langkawi. Sekitar 90an juga rasanya.Tidak dapat ingat siapa yang mula membawa saya kesitu. Bermula dari gemar menanam, kemudian belajar menjual bila kawan2 mula minta membeli. Dia pun mulai ghairah menyemai benih dan pokok. Dari situ ianya berkembang sehingga menjadi nursery. Selalunya dia menjual dengan harga yang murah sebab dia menyemainya sendiri. Banyak pokok gantung saya beli darinya. Kami juga sering menukar pokok sesama sendiri. Tidak lama kemudian dia berpindah ketempat sekarang dan berkebun. Antara tanamannya pisang Berangan/Rastali. Pokok bunga cuma sampingan saja. Itu pun dari stok rumah lama.




Di atas beberapa jenis tanaman yang ada di jual. Sebenarnya tersangat banyak tapi tak larat nak snap sebab tanah ladang yang dia sewa cukup luas. Kawasan berberbukit dan beralun Penat dan panas lit.. lit ... tapi saya dan Wawa tetap juga meronda separuh dari kawasan semaian. Wawa cuma beli satu pokok gantung. Bunga dan warna purple macam bunga keduduk. Dulu2 saya pernah beli pun. Seronok juga bila terjumpa bunga2 lama tu. Tak sangka masih ada dalam stok simpanannya lagi.Kali ini saya lihat dia kembali banyak menyemai pokok2 bunga. Saya terus buat pilihan sendiri. Sudah tentu yang nostalgia...
ah, baru teringat nak tanya..pokok lotus ada?


Seperti dulu Lee masih tetap mejual tanah yang di adun sendiri. Dulu 3 peket RM5.00.Sekarang 2 peket RM10.00. Pun begitu Lee tetap menjual dengan 'harga kawan' kepada saya dan Wawa. Saya puas hati..lebih kembang bila ada satu2nya pokok lotus bunga merah yang dia semai hidup. Boleh la...RM15.00...mmm...harga kawan.


kebun ubi dan kacang panjang Lee. Dia juga memberi saya biji benih Roselle. Kelopak buahnya dari jenis yang agak pendek. Terima kasih la...



Nursery no 3? To be continue......ngantuk..






No comments:

Post a Comment