Hari Ini Dalam Sejarah - inilah kali pertama saya berjaya tanam pokok tomato ceri dengan buah yang cukup lebat dan pohonya cukup merimbun sampai saya terpaksa menongkatnya. Saya memang suka sangat tanam pokok tomato. Bukan saja mudah tumbuh malah kadang2 anak2 pokoknya mudah didapati tumbuh ditepi2 longkang belakang rumah. Macam benih cili juga senang di jumpai. Mungkin benih sisa dari mana2 dapur. Malangnya tomato tidak mahu menjadi ditangan saya. Pokok memang subur tapi buah..alahai..kedekut! Adalah naik sebiji dua.
Apa yang istimewanya pokok ini ialah kerana saya menanamnya diatas tar yang di timbun dengan longgokan pasir dan sampah2 di belakang rumah. Inilah akibatnya kalau ruang laman terhad. Berkongsi bersamanya ialah pokok bawang,pokok tembikai dan juga pokok bunga loceng. Kecuali bawang dan tomato ceri, yang lainnya tumbuh sendiri dari benih 'hanyut'....
Bahagian Pertama
Bahagian Kedua
Batangnya menjalar jauh kedepan.
Cantik..buah masak merah di kelilingi bunga-bunga loceng warna biru
Bab ini paling suka...kutip hasil tuaian. Saya dengan senang hati menghadiahkan kepada kawan dan juga jiran.
No comments:
Post a Comment